Oleh Apa Khabar Ganu Kita
Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri
Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.
Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.
Oleh itu, kebenarannya terserlah apabila Ahmad Said meluluskan RM3 juta kepada setiap DUN bagi kempen 'memancing undi'.
Katanya, kumpulan Ahmad Said kini akan mula menghakis dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menentangnya.
Wakil Rakyat menentang akan digugurkan
Kenyataan pemimpin Umno itu terbukti apabila Setiausaha Perhubungan Dato' Tengku Putera Tengku Awang 'kelam kabut' membuat kenyataan akan menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang menentang
Tengku Putera pada 13 Januari lalu berkata semua wakil rakyat dan individu penting yang diberi amanah bagi menjalankan tanggungjawab membela nasib masyarakat perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak boleh berpaling tadah.
Katanya, setiap wakil rakyat memiliki kepentingan tersendiri namun mereka perlu mendahulukan perkara utama bagi memartabatkan rakyat.
Walaupun beliau menafikan kata-katanya bermaksud mengugut wakil rakyat, namun itulah hakikat sebenarnya.
“Saya percaya kepentingan mereka lebih utama, tetapi dalam hal ini saya ada terdengar dan hal ini telah diulang oleh Menteri Besar sendiri berkaitan sesetengah wakil rakyat yang mengkhianati tidak boleh bertanding,” katanya pada majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu.
Dengan kenyataan itu membukti menjelang pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir, Umno masih dalam 'krisis' dan kelam kabut.
“Baki masa yang ada sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ini perlu ditumpukan sepenuhnya wakil rakyat dan individu dipertanggungjawab,” kata Tengku Putera menggambarkan kebimbangannya.
Percakaran dikalangan pemimpin Umno Terengganu masih wujud dan disahkan oleh Ahma Said sendiri.
Ahmad Said minta pemimpin Umno mencontohi PAS
Pada 14 Januari, beliau dalam menghadapi 'kelam kabut' dikalangan pemimpin Umno Terengganu mengitiraf kepimpinan PAS dan menasihatkan pemimpin UMNO mencontohi pemimpin PAS.
Beliau berkata demikian kerana 'kelam kabut' yang masih wujud ekoran pergeseran dikalangan pemimpin UMNO.
Pertelingkahan antara pemimpin itu menyebabkan mereka 'kelam kabut' dan diantara mereka bertindak 'memburukkan sesama sendiri'
Beliau berkata, pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.
“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
Beliau berkata, sikap bersatu hati semua pemimpin serta pejuang UMNO boleh memastikan kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ahmad Said sebenarnya bimbang dan 'kelam kabut' kerana dalam pada UMNO Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa, permasalahan Umno masih tidak selesai.
“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.
“Jangan disebabkan tidak berpuas harti dengan UMNO, ada antara penjuang UMNO yang sanggup menjatuhkan UMNO. Sebaliknya sebagai pejuang sebenar, kita perlu sanggup mengorbankan jiwa raga demi memperkasakan parti bak kata orang ‘adat berparti, parti dipertahankan’,” katanya sebagaiman dipetik Sinar Harian
Dalam perkembangan yang lain, Umno Terengganu mengatur langkah bertemu dengan veteran Umno kerana takut kehilangan sokongan kelompok berkenaan.
Pertemuan tersebut dilaksanakan, mungkin kerana pelbagai usaha Umno untuk mengikat 'orang muda' menjadi kelam kabut dan disifatkan tidak berjaya.
Kali terakhir, Himpunan Remaja yang dicanangkan mengumpulkan 30, 000 orang muda tidak kesampaian.
Walaupun Presiden Umno, Najib juga berkata demikian, namun tidak ada satu media pro-kerajaan yang menyiarkan gambar himpunan tersebut.
Rupa-rupanya, walaupun Perdana Menteri sendiri yang turun, namun tempat duduk yang disediakan dalam Stadium tertutup Gong Badak, tidak penuh. (Gambar atas; rakaman pada hari Himpunan Remaja)
Harapan Umno, sekiranya orang muda tidak dapat 'diikat', sekurang-kurangnya veteran Umno dapat memberi contoh kepada orang muda tersebut.
Namun lain pula jadinya, veteran sebaliknya 'kelam kabut' meminta 'itu dan ini' daripada Ahmad Said
Veteran minta elaun dan pakar IT
Majlis Veteran UMNO Bahagian Kemaman memohon Badan Perhubungan UMNO Terengganu menimbang cadangan agar ahli veteran UMNO di negeri ini diberi imbuhan bulanan berbentuk elaun sekurang-kurangnya RM200 sebulan.
Pemangku Timbalan Pengerusinya, Ahmad Mahmood berkata, pemberian elaun bulanan itu sebagai menghargai jasa pejuang UMNO terdahulu yang kini sedang meniti usia senja.n Umn
Katanya, pembe-rian elaun itu wajar diberikan kepada ahli veteran UMNO yang layak seperti yang mengalami keuzuran bagi meringankan beban.
“Pemberian elaun ini pada permulaan mungkin boleh diberikan kepada veteran UMNO yang berusia 70 tahun ke atas kerana kita rasakan sangat wajar veteran UMNO ini turut dibantu dan dihargai sebagaimana kerajaan memberikan elaun bulanan kepada nelayan.
“Kita harap cadangan ini dapat diluluskan tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO negeri bila mahu memulakan pemberian bantuan elaun bulanan ini,” katanya sempena Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan pada Majlis Perbandaran Kemaman pada 14 Januari lalu
Manakala pertemuan di kawasan Kuala Nerus semalam, Veteran Umno minta pakar IT, kononya untuk mengurus aktiviti.
Pengerusi Persatuan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus, Syed Muhammad Syed Idrus, serupa sahaja dengan ahli-ahli Umno yang lain, yang tidak tahu sempadan, antara parti dan kerajaan.
Sebab itu, Syed Muhammad meminta Kerajaan Negeri menempatkan seorang pegawai yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk membantu pihaknya menyusun aktiviti dengan lebih teratur.
Perjumpaan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus itu juga telah membawa politik ke dalam kampus apabila diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Ahmad Said yang juga 'kelam kabut' tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti, mengumumkan akan menempatkan pakar IT khusus untuk Persatuan Veteran UMNO yang buta IT mempelajari bidang IT.
No comments:
Post a Comment