Tuesday, January 11, 2011

Tindakan zalim pecat Imam dan Bilal berterusan

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/UMNOR.JPGKUALA TERENGGANU - Sebaik Umno dan Barisan Nasional (Umno/BN) mengambilalih pemerintahan negeri Terengganu daripada PAS pada 21 Mac 2004, dalam masa tidak sampai tiga bulan, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengeluarkan surat rasmi mengumumkan pemansuhan semua Jawatankuasa Masjid Mukim (JMM) yang dilantik di bawah pemerintahan PAS.

Sebilangan imam dan bilal yang telah ditauliahkan oleh Tuanku Sultan turut diambil tindakan, digantung daripada bertugas tanpa sebab munasabah dan elaun mereka turut disekat.

Usaha memecat para imam dan bilal dari kalangan penyokong PAS tidak dilakukan secara sulit atau rahsia, kerana ia bukan sekadar maklumat bisik-bisik ahli qaryah atau setakat dakwaan para pemimpin pembangkang, bahkan diakui secara terbuka oleh para pemimpin Umno/BN, termasuk oleh anggota Exco negeri bagi portfolio agama.

Pada persidangan Dun Terengganu 17 April, 2006, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Dato’ Rosol Wahid bukan sahaja mengaku memecat beberapa imam dan bilal yang menyokong PAS, malah dengan bongkak mendakwa tindakan kerajaan Umno/BN itu amat wajar dan patut.

Alasan utama beliau berikan ialah para imam dan bilal terbabit tidak tahu berterimakasih kepada kerajaan BN yang telah memberi elaun bulanan di atas khidmat mereka.

“Kalau beri… (dia) kekoh (gigit), beri … kekoh, lama-lama kita enjal (terajang) jugok. Kita pun bengkeng (garang). Bagi saya kalau dak retap (tak tampar)… kita enjal,”kata Rosol.

Pengakuan itu bukan sahaja memalukan pada kekasaran bahasa digunakan, malah turut mempamerkan sifat bongkak pemimpin Umno/BN yang seakan berbangga dengan kezaliman dilakukannya.

Tindakan zalim Umno/BN memecat imam dan bilal tidak terhenti setakat itu, malah berterusan sehingga kini.

Terbaru adalah di antara tahun 2008 sehingga 2010, kerajaan Umno/BN mengakui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri 14, 15 & 16 Disember 2010, mereka telah memecat 7 orang imam.

Soalan asal secara bertulis telah diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang meminta penjelasan daripada kerajaan negeri, berapakah imam dan bilal yang dipecat dan apakah sebab-sebab mereka dipecat.

Jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah; pada tahun 2008, Umno telah memecat 6 orang Imam dan seorang pada 2010

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/P1210504.JPG

1 comment:

  1. seorang bilal di masjid pengadang baru tengok CD blue...dia siap suruh copy banyak2 lagi

    ReplyDelete