..... dan 'hipokrit' Umno Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Walaupun setelah hampir tiga tahun Dato' Seri Ahmad Said memegang tampuk pemerintahan dan menjadi Menteri Besar negeri Terengganu, namun gaya 'politik lama' beliau masih tidak berubah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata Ahmad Said masih mengamalkan 'politik jalanan' yang bertentangan dengan kehendak 'politik baru' masakini.
Beliau menyifatkan, tindakan Ahmad Said mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) mencabut bendera PAS pada 14 Januari lalu sebaga 'politik ala-samseng' yang telah ketinggalan zaman.
(Gambar kiri - 'Hipokrit' pemimpin Umno; mencabut bendera PAS tetapi pada masa yang sama memasang bendera parti di pagar kompleks pejabat Majlis Perbandaran Kemaman. Gambar kanan - Penguatkuasa Majlis dirakam ketika mencabut bendera PAS di jambatan Kemaman)
"Tak habis-habis lagi perangainya, macam 'samseng jalanan', dari dulu sampai sekarang, dulu sepak bakul peniaga di pasar, ajak orang bertumbuk dalam sidang DUN, sekarang bila ada kuasa beri arahan sendiri kepada Majlis (Perbandaran Kemaman) suruh budak-budak (penguatkuasa) cabut bendera PAS,"katanya ketika ditemui.
Dato' Abu Bakar Chik yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, berdasarkan kejadian terbaru itu yang menunjukkan 'warna sebenar' diri Ahmad Said menjelaskan beliau tidak layak memegang kuasa eksekutif tertinggi di negeri Terngganu.
'Orang yang memegang kuasa eksekutif tidak boleh membuat arahan terus ke bawah, ia adalah satu penyalahgunaan kuasa yang jelas,"katanya
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, tindakan Ahmad Said juga mencerminkan sikap 'hipokrit' beliau dan 'double standard' pemimpin Umno negeri Terengganu.
Haji Hanafiah berkata, beliau menerima rungutan kakitangan kerajaan berkenaan arahan Ahmad Said yang dianggap sebagai 'menyusahkan' pekerja bawahan.
No comments:
Post a Comment