Thursday, January 20, 2011

Pusat Akuatik masih belum dibuka, ada sesiapa didakwa?

Oleh Editor Buletinonline

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/geraisisikolamrenang.jpg- Ahmad Said juga pernah memberikan 'fakta bohong' kepada media
KUALA TERENGGANU - Beberapa hari selepas rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan tragedi bumbung, Buletinonline (BO) telah
dihubungi oleh seorang rakan 'jurugambar' bebas, memaklumkan tentang suatu bahaya yang akan menimpa rakyat Terengganu selepas daripada tragedi stadium.

Katanya, beliau telah pergi membuat tinjauan di kolam renang Batu Burok dan mendapati ada kebocoran yang berlaku, air meresap dan membanjiri bahagian belakang gerai yang terletak disisi kolam renang itu.

Wartawan BO, pada 4 Jun, 2009 telah membuat liputan tentang 'kolam renang Batu Burok bocor' dan mendedahkannya dalam laman Buletinonline pada hari yang sama.

Sewaktu membuat liputan tersebut, tanpa berfikir panjang, wartawan telah terjun ke dalam takungan air di belakang gerai, untuk mendapatkan gambaran sebenar kebocoran yang berlaku, walaupun air yang bertakung itu berbau busuk.

Hasilnya pendedahan pertama dengan rakaman klip video tidak mungkin dapat ditolak kesahihannya, hakikat bahawa kolam renang tersebut
bocor.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/abdulrashid.jpgDua peniaga yang ditemubual, Abdul Rashid Abdul Wahab, 44 (gambar kanan), dan Cik Siti Hajar Nadia, 23, (kiri) yakin bahawa air yang bertakung dilaluan senggaraan belakang gerai mereka adalah air yang meresap turun dari kolam renang tersebut

Kedua-dua mereka mengadu, sudah berkali-kali aduan dibuat kepada pihak-pihak berkenaan, namun masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/sitihajar.jpgApabila rakan-rakan media lain diberitahu tentang keadaan kolam renag itu, sesetengah media perdana yang pro-pemerintah mulanya tidak ambil pusing dan memandang remeh.

Namun, apabila ada peniaga yang sanggup ke depan dan membuat pengakuan, akhirnya Utusan pada 5 Jun, 2009, turut menyiarkan berita kebocoran kolam renang itu.


Liputan Kali Kedua - Bandaraya Warisan Pesisir Air

Semasa ditemubual, Cik Siti hajar berkata, air resapan dari kolam renang akan memenuhi belakang gerainya ditambah dengan air limpahan hujan dari luar gerai yang masuk menerusi pintu dapur.

Abdul Rashid berpesan sebelum wartawan BO melangkah, kalau hujan lebat turun, datanglah. Boleh tengok 'Bandaraya Warisan Pesisir Air'!

Lalu bila hujan 'Barat' turun pada penghujung Jun, 2009, wartawan Buletin bergegas ke gerai di sisi kolam renang tersebut.

Wah....memang benar-benar Bandaraya pesisir air, bukan setakat dapat mengambil gambar-gambar, bahkan Cik Siti Hajar sudi berkongsi rakaman 'air melimpah-limpah' dari telefon bimbitnya.

Lalu, sekali lagi Buletinonline mendedahkannya!


MB Nafi kolam bocor
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ahmadsaidpusatakuatik.jpg

Setelah heboh diperkatakan dan menjadi isu panas, barulah pihak kerajaan Umno/BN mahu mengambil 'cakna',

Setelah sebulan pendedahan Buletinonline, Menteri Besar Dato' Ahmad Said yang mengadakan lawatan mengejut pada 7 Julai, sebaliknya menafikan kolam tersebut bocor.

Bukan setakat menafikan, Ahmad Said membuat tekaan dengan mengatakan, air yang bertakung bukan air yang meresap dari kolam tetapi
adalah air buangan dapur para peniaga

"Dakwaan ini tidak betul, sebab kalau kita lihat paras air kolam adalah stabil. Kalau bocor, tentu parasnya surut," kata Ahmad.

Beliau berkata air yang dikatakan bocor itu sebenarnya ialah air hujan yang turun melalui tangga dan mengalir ke kawasan premis perniagaan
tersebut. "Kita perlu pasang paip besar di setiap penjuru untuk mengalirkan air dari atas bumbung ke longkang," katanya lagi dipetik Bernama


JKR Arah Tutup

Belum sempat kering air yang bertakung dan belum dirunding tender untuk pasang paip besar, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu
Mansor menyanggah kenyataan Ahmad Said.

Pada 10 Julai, Kementerian Kerjaraya mengarahkan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai RM18 juta yang baru setahun disiapkan ditutup sementara mulai semalam kerana kualiti kemudahan dan tahap keselamatan yang menyebabkannya tidak sesuai
digunakan orang ramai.

Berita Harian melaporkan Shaziman berkata, pasukan penyiasat Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati banyak kelemahan dan kesilapan
teknikal dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan yang tidak mencapai mutu ditetapkan sehingga berlaku kebocoran dan
kerosakan peralatan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/angkarasiapa.jpg“Kami sudah memeriksa persekitaran termasuk di bahagian bawah tanah dan mendapati banyak kebocoran. Kita dapat lihat soket elektrik yang terdedah kepada kebocoran air dan ini semua tidak selamat digunakan,” kata Shaziman selepas meluangkan lebih sejam mengetuai pasukan penyiasat JKR melawat kompleks itu.

Nah! Ahmad Said terbukti tidak mengetahui apa-apa tentang pembinaan, dan memberikan fakta bohong kerana cuba-cuba 'berteori' tentang pembinaan!


Shaziman Terkilan - Lepas Stadium runtuh, pusat Akuatik Pula!

Kompleks Akuatik yang dibina mengikut konsep reka dan bina itu siap pada Mei 2008 untuk digunakan pada Sukan Malaysia ke-12 yang dihoskan Terengganu pada Jun tahun lalu. Pengawasan dan pemantauan pembinaan kompleks itu dilaksanakan JKR Terengganu.

Shaziman berkata, kerosakan kompleks itu mungkin disebabkan pelbagai faktor termasuk pengawasan projek yang lemah kerana perlu disiapkan segera, tetapi itu tidak patut menjadi sebab membolehkannya disiapkan tanpa ikut spesifikasi.

“Projek ini dalam tempoh jaminan dan kita mengarahkan kontraktor melakukan kerja pembaikan sebaik mungkin,” katanya sambil menambah
laporan penyiasatan lengkap kompleks itu diserahkan kepadanya oleh JKR Pusat 10 selepas itu..

"Saya terkilan kerana di Terengganu bukan saja Kompleks Akuatik menghadapi masalah tetapi bulan lalu, (sebahagian) bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh" katanya.

Dalam maklum balas segera, Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata, JKR Pusat yang melaksanakan penyiasatan terhadap kompleks itu akan mengambil tindakan terhadap kakitangan JKR Terengganu yang bertanggung jawab membuat pemantauan projek itu, jika terbukti wujud kecuaian.

Judin berkata, JKR Terengganu bertanggungjawab terhadap kawal selia pembinaan, bagaimanapun pihaknya masih belum boleh membuat sebarang kesimpulan terhadap tugas yang dilaksanakan itu dan adakah ia menjadi punca kompleks itu bermasalah, sebaliknya JKR akan membuat penilaian secara menyeluruh.

"Ketika ini kami mempunyai beberapa pandangan tetapi ia masih belum boleh dijadikan kesimpulan terhadap apa yang berlaku kerana ia mestilah berasaskan kepada fakta dan laporan yang akan diterima nanti bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya.


Janji pendakwaan

Tepat tempoh waktu yang dijanjikan, hasil siasatan Pusat Akuatik diumumkan kepada orang ramai.

Pada 21 Julai, Jabatan Kerja Raya mengisytiharkan hampir keseluruhan Pusat Akuatik rosak teruk.

Judin, dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur mendedahkan secara terperinci; struktur keluli bumbung, pagar, tangga, saluran elektrik dan lampu mengalami pengaratan serius.

Judin juga menjelaskan, pembinaan Pusat Akuatik yang dilaksanhttp://buletinonline.net/images/stories/berita39/pusatakuatiktrga.gifakan oleh kontraktor Pakatan Nadiwangsa Sdn Bhd adalah satu 'projek sakit' yang gagal disiapkan menurut tempoh yang diberikan.

Judin turut mnyenaraikan kerosakan lain yang berlaku antaranya mengakui didnding kolam mengalami resapan dan kebocoran air yang serius terutamanya ketika hujan.

Ia bertepatan sekali dengan apa yang dilaporkan oleh para peniaga kepada Buletinonline dalam liputan 'Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Lalu Judin pun merumuskan akan menubuhkan dua Jawatankuasa menangani masalah tersebut iaitu Jawatankuasa Kerja Pemulihan dan Jawatankuasa Khas Salah Laku.

Judin berjanji, Jawatankuasa Khas Salah Laku akan melakukan penyiasatan secara terperinci salah laku dan kecuaian disetiap peringkat pembinaan.

Judin berjanji lagi, Jawatankuasa Khas Salh laku tersebut diberi tempoh tiga (3) bulan sehingga Oktober, 2009, mengemukakan hasil siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah.


Judin Ulangi; Wujud salahlaku, pengkhianat akan didakwa

Pada 31 Julai, 2009, Berita Harian melaporkan Judin berkata pihaknya serius menyiasat dan memastikan jika ada penyelewengan berlaku, orang yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan tidak terlepas dan dibawa ke muka pengadilan.

Judin berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap Pusat Akuatik MBKT, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud unsur salah laku dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan.

Katanya, pihaknya mengenal pasti banyak kelemahan dan kesilapan teknikal yang boleh dipersoalkan dalam pembinaan pusat akuatik bernilai hampir RM19 juta itu.

Beliau berkata, Jawatankuasa Salah Laku juga sudah ditubuhkan bagi menyiasat sama ada wujudnya unsur itu membabitkan pegawai JKR dan kontraktor yang terbabit dengan projek itu.

Namun, itu merupakan berita terakhir yang dikesan berkenaan Kompleks Akuatik MBKT dan semuanya itu adalah berita lebih setahun yang lalu.

Sehingga kini sesudah lebih setahun ia berlalu, kita mendengar berita bahawa Kompleks Akuatik itu belum dibuka, tetapi adakah kita mendengar sesiapa yang didakwa???

No comments:

Post a Comment