Tuesday, January 4, 2011

Semarakkan kempen PGU hingga PRU-13

Oleh Wartawan Buletin

- Umno sudah tidak layak menerajui
kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU
- Seluruh jentera, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat di negeri Terengganu akan bergerak serentak dan seiringan bagi meyemarakkan kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) hingga ke pilihanraya umum yang ke-13.

Sebaik kempen PGU dilancarkan pada Jumaat 24 Disember lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun merasa bahangnya dan cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan dan dalil rekaan.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, Umno dan BN Terengganu tidak mampu membela diri dan terpaksa memanggil penceramah 'upahan' dari luar Terengganu.

"Umno dan BN Terengganu 'dok rok' (tidak upaya) untuk menolak kenyataan bahawa PAS akan menggantikan Umno sebagai teras kerajaan negeri Terengganu, sebab itu mereka 'mengupah' penceramah luar,"ujarnya ketika ditemui semalam

Beliau berkata demikian dengan merujuk program ceramah Umno/BN yang diadakan di Pekan Manir baru-baru ini, dimana Umno terpaksa menggunakan penceramah bukan orang Terengganu.

Sehubungan itu, Pengarah Jabataan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah agak hairan kerana beliau difahamkan penceramah yang berasal dari negeri Kedah itu juga adalah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said.

"Bagaimana MB boleh melantik orang luar? Apakah tidak ada orang-orang Umno rakyat Terengganu? Atau tidak ada lagi yang layak di kalangan ahli Umno Terengganu untuk menjadi penasihat MB?,

"ini membuktikan bahawa Umno Terengganu sudah tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini,"tegasnya.

Wan Sukairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menyeru semua orang-orang muda di negeri ini menolak kepimpinan Ahmad Said kerana beliau tidak layak memimpin umat Islam dinegeri ini.

Katanya, Ahmad Said yang beragama Islam sepatutnya tahu selok belok dan hukum hakam agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang muda.

"Tidak perlu MB melantik seorang penasihat agama sekiranya beliau seorang yang faham dan tahu tentang agama Islam,"tambahnya

No comments:

Post a Comment