Wednesday, June 15, 2011

Makanan Makin Mahal di Terengganu?

Oleh: LensaHandphone

"Selalu makan di kedai Pak Awi Selera Asli, Kuala Terengganu. Sebelum ini harganya biasa aje. Tapi sekarang boleh dikatakan agak mahal. Tak pasti kenapa membuatkan saya macam tak nak lagi ke kedai makan ini.

Beberapa hari lepas Dato' Hj Rosol Wahid ADUN UMNO Ajil, Hulu Terengganu ada menulis dalam blognya tentang harga makanan yang mahal berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Tergelak, dan macam meludah pada diri sendiri sahaja tulisan berkenaan.

Paling lucu bila Dato' Rosol membuat cadangan dalam tulisannya untuk mengatasi masalah ini dengan pasar borong pertanian di daerahnya. Mentaliti pemimpin UMNO kadang kala tak boleh pakai sangat, sekadar isi perut bolehlah!

Dulu ada Menteri Kesihatan haramkan Nasi Lemak di sekolah, bukan sahaja pelajar yang gelak, Bangla pekerja di kedai makan yang tak fasih Melayu pun boleh gelak sama!!

Kedai Pak Awi lama, banyak kali tak dibuka
Kedai barunya yang tak jauh dr situ masih ramai lagi pengunjung.

Kita pelik juga di Kelantan harga makanannya terlalu murah berbanding dengan Terengganu? Nak kata Kelantan tak mengalami masalah kenaikan harga pengangkutan atau minyak, tak betul pula.

Di Terengganu tak banyak projek yang boleh membantu pertumbuhan yang boleh memberikan keselesaan terutama rakyat miskin berdikari. Rakyat Terengganu adalah rakyat wang ehsan, mereka diiaratkan diberikan 'ikang' setiap hari, bukan diberikan pancing untuk mencari 'ikang'

http://lensahandphone.blogspot.com
26/5/2011"

Tuesday, June 14, 2011

Setiausaha JKKK DUN Seberang Takir di siasat polis?

Oleh Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Seorang Setiuasaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Seberang Takir dilaporkan sedang disiasat polis kerana disyakki mancabul seorang budak perempuan.


Sumber Buletinonline memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu Isnin 6 Jun.

Budak perempuan berumur 9 tahun itu dilaporkan telah 'diperdaya' oleh Setiausaha JKKK terbabit ketika mahu membeli barang di kedainya.

Kes 'cabul' tersebut dilaporkan cuba ditutup dengan campur tangan pemimpin Umno setempat dari diketahui oleh pihak media dan orang ramai.

Isteri kepada Setiausaha JKKK terbabit juga dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam Wanita Umno Seberang Takir

Justeru, sumber tersebut memberitahu, keluarga budak perempuan terbabit telah ditawarkan 'sejumlah wang' agar tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Namun begitu, berita 'cabul' itu telah tersebar luas dibeberapa buah kampung dalam DUN Seberang Takir.

Pihak polis sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berkenaan kes tersebut.

Kini karnival dulu “main pantai” kata Dato’ Nasir selepas disajikan tarian gelek

Oleh Skuad BO

[Video klip didalam] KUALA NERUS - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengakui program “main pantai” yang kini dianjurkan atas nama karnival adalah program yang sama yang telah lama tidak diadakan di Terengganu.

Kini, program itu telah dapat dihidupkan kembali apabila Umno mengambil alih perintahan, sejak tiga tahun lalu diadakan di Pantai Kampung Tanjung Gelam, Wakaf Tengah, Kuala Nerus selama lima malam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri yang berucap selepas disajikan 'tarian gelek' berkata program karnival ini suatu masa dahulu dipanggil “main pantai”.

Menurutnya, karnival 2011 merupakan tahun ketiga program “main pantai” ini yang dihidupkan semula setelah sekian lama tidak diadakan.

“Pengerusi JKKK Tanjung Gelam, Pengerusi Belia Gong Datuk, syukur alhamdulillah, pada malam ini kita dapat bersama dalam program yang lama telah tidak diadakan.

“Kepada pihak penganjur (sekretariat), tahun ini tahun ketiga diadakan semula karnival ini, jika zaman saya dulu kita panggil “main pantai”.

“Insya’Allah, program macam ini, saya telah bincang kita akan masuk dalam Kalendar Kebudayaan negeri Terengganu untuk masa akan datang.

“Saya rasmikan penutup karnival kita di Kampung Tanjung Gelam ini dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’,” ucapnya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Sukan Pantai dan Kebudayaan 2011, di Pantai Kampung Tanjung Gelam, Kuala Nerus, 9 Jun lalu.

Beliau berjanji akan menyediakan peruntukan yang lebih besar serta memasukkan program tersebut dalam kalendar tahunan Kebudayaan negeri Terengganu.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus mahukan agar penganjuran program “main pantai” dengan sajian tarian gelek itu ini dilihat secara positif dan bukan negatif.

“Kita perlu lihat program ini secara positif bukan cara negatif. Kita ambil yang positif lebih banyak daripada yang negatif. Ini terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mencorakkan program kita.

“Saya ucap tahinah kepada semua pemenang. Pemenang cabutan bertuah, pemenang sukan, pemenang karaoke dan cuma tidak ada pemenang syarahan sahaja,” ujarnya.

Tinjauan mendapati pada malam penutup tersebut pertandingan karaoke yang diadakan menyajikan persembahan nyanyian dangdut oleh seorang remaja wanita.

Monday, June 13, 2011

PAS T'ganu sokong penuh pelantikan Wahid Endut

Oleh HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 13 Jun:
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik yakin pelantikan Abdul Wahid Endut (gambar) sebagai Pesuruhjaya baru negeri itu mampu mengembalikan negeri itu ke pangkuan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bercakap kepada Harakahdaily selepas penguman perlantikan itu oleh presiden PAS semalam, beliau berkata pemilihan Abdul Wahid memenuhi hasrat penyokong parti negeri itu.

"Ianya merupakan cadangan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kepada mesyuarat dan dipersetujui sebulat suara.

"Ia juga satu keperluan menghadapi pilihan raya untuk mengembalikan semula Terengganu ke pangkuan PAS," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi mengumumkan lima negeri mengalami perubahan untuk Pesuruhjaya.

Negeri Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Abdul Wahid menggantikan penyandang sebelum ini, Datuk Harun Taib.

Sambil menyokong perlantikan itu, Abu Bakar Chik berkata ianya memberi peluang kepada pemimpin lebih muda mempimpin parti di negeri itu.

Apatah lagi ujarnya, Abdul Wahid seorang yang berpengalaman ekoran bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, malah sudah lima penggal menjadi Adun Wakaf Mempelam dan juga sebagai Timbalan Pesuruhjaya sebelum ini.

"Saya memberi sokongan penuh kepada beliau, dan kita akan menunggu untuk menyusun saf kempimpinan dewan harian yang baru di Terengganu," katanya.