Thursday, January 27, 2011

Menggerunkan Tapi Tidak Mengejutkan

Oleh Dr Azman Ibrahim

Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Angka yang dilaporkan adalah yang didaftarkan, berapa pula yang tak didaftarkan atau yang dibuang begitu sahaja?
Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculanproduk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagaimusim mengawanpasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sahpada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilahberpesta seks tanpa nikah’? Kenapa tidak digunakan saja istilahberzinakalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.
Mungkinkah ini antara produk sambutan malam tahun baru
Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagaksemakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakanini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Malunya aku dengan perangai manusia Umno
Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

Kawal internet: Balas dendam kepada rakyat

Petikan HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS berpendapat cadangan pindaan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kepada internet sebagai cubaan membalas dendam kerajaan Umno BN kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu dibuat ekoran rakyat telah menolak media konvensional berat sebelah Umno yang telah membawa kepada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

"Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata," katanya.

Menurutnya, laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 melaporkan penurunan pengeluaran akhbar The Star daripada 310,000 kepada 287,000, New Straits Times daripada 139,000 kepada 111,000, Utusan Malaysia daripada 213,000 kepada 169,000 dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000.

"Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur," tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.

Ujar Idris lagi, PAS berpendapat tindakan tersebut adalah untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja.

Tindakan itu katanya suatu tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan.

"Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

"Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut 'kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air'," katanya.

Wednesday, January 26, 2011

Rekod Terengganu terus tercalar

Oleh Apa Khabar Ganu Kita

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/dadah4jan2011.jpg- Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan
Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)

Ketuanya, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, jumlah itu meningkat seramai 68 orang, iaitu sebanyak 24 peratus pada 2009, yang hanya berjumlah 289 orang.

Menurutnya, pengedar yang tidak dapat dituduh, di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK) 1985 berjumlah 88 orang berbanding 81 orang pada 2009, meningkat sebanyak sembilan peratus.

“Jumlah pengguna dadah bagi tahun 2010 pula adalah seramai 11,094 orang, berbanding 9,190 orang pada 2009. Ia menunjukkan peningkatan seramai 1,904 orang atau bersamaan 21 peratus.

“Jumlah keseluruhan bagi pengedar dan pengguna dadah dan mereka yang di bawah LLPK adalah 11,539 orang, berbanding 9,560 pada 2009, iaitu peningkatan seramai 1,979 orang atau 21 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya.

Menurut beliau, jumlah individu yang dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori sekiranya didapati bersalah juga meningkat, iaitu seramai 81 orang pada 2010.

Katanya, semua pesalah telahpun dituduh di mahkamah. Berbanding pada 2009, jumlahnya hanya 47 orang iaitu meningkat 34 orang atau bersamaan 72 peratus.

Menurutnya, peningkatan jumlah pengedar dan pengguna dadah sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan dan beliau mengharapkan satu langkah terbaik dilaksanakan bagi mengekang masalah ini, termasuk memulihkan penagih sedia ada daripada kembali menagih.

Katanya, jumlah keanggotaan kira-kira 200 orang di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu kini sebenarnya terlalu kecil bagi mengekang masalah dadah secara keseluruhannya.

“Pihak polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam membanteras aktviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini yang banyak merosakkan generasi belia dalam masyarakat hari ini,” katanya.

Sementara itu, dalam bulan Januari, sehingga kini, sekurang-kurangnya 5 berita berkaitan dadah yang dipaparkan dalam media perdana sebagaimana dibawah.

Baca seterusnya dari sumber>>>

Habis Elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9764.JPG- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,



Tuesday, January 25, 2011

11,500 Pemuda bakal gegarkan HIMPIT di Kuala Nerus

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit10k2009.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) optimis seramai 11500 orang ahlinya dari seluruh negeri akan memeriahkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT), Februari depan.

Setiausahanya, Wan Ahmad Faizul Wan Abas berkata, program tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dengan anggaran kehadiran dijangka melebihi tahun sebelumnya.

“sebelum ini, kira-kira 10 000 orang yang menghadiri HIMPIT yang diadakan kali terakhir pada tahun 2009.”

“Tahun ini kehadiran dijangka bertambah 1 500 orang”

(Gambar - Himpit 2009 yang mengumpulkan 10,000 pemuda PAS Terengganu)

“pemimpin tertinggi pemuda pas pusat akan hadir, begitu juga dengan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepadsa Sinar Harian

Beliau berkata, program yang akan berlangsung di Batu Enam, Kuala Nerus pada 11 Februari itu juga menjadi usaha untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi memeriahkan Himpunan 30 000 (H30K) yang akan diadakan di Kedah pada 19 Februari depan

Sunday, January 23, 2011

Siapa jadi pemimpin bukan isu

Petikan Sinar Harian

SURA - Islam meletakkan hak yang sama rata kepada semua penganutnya tidak mengira jantina, latar belakang bangsa keturunan atau warna kulit.

Yang DiPertua Pas kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, persoalan siapa yang perlu diangkat menjadi pemimpin bukan isunya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan ialah soal kelayakan yang perlu dilihat dari perspektif Islam.

Menurutnya, Islam menuntut wanita juga perlu diangkat menjadi pemimpin untuk mengetengahkan beberapa isu berkaitan golongan diwakili.

Katanya, sejarah membuktikan, beberapa wanita yang diangkat menjadi pemimpin untuk mewakili rakyat terutama di negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keunggulannya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berkesan.

“Dalam hal ini, kita melihat keperluan Islam yang anjal kerana bagi sesetengah perkara, wanita memenuhi kriteria dan layak serta boleh diletakkan di barisan hadapan bersama lelaki sebagai pemimpin.

“Lagipun ia sebagai salah satu pendekatan untuk kita mengiktiraf sumbangan wanita selain dapat memartabatkan golongan itu seperti dilakukan junjungan besar nabi kita Muhammad SAW pada zaman pemerintahan baginda,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas isu pencalonan Normala Sudirman, bekas guru sebagai calon Pas menentang Mohd Azahar Ibrahim, bekas pentadbir tanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Umno Terengganu masih 'kelam kabut'

Oleh Apa Khabar Ganu Kita

Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri

Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.

Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.



Oleh itu, kebenarannya terserlah apabila Ahmad Said meluluskan RM3 juta kepada setiap DUN bagi kempen 'memancing undi'.

Katanya, kumpulan Ahmad Said kini akan mula menghakis dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menentangnya.


Wakil Rakyat menentang akan digugurkan

Kenyataan pemimpin Umno itu terbukti apabila Setiausaha Perhubungan Dato' Tengku Putera Tengku Awang 'kelam kabut' membuat kenyataan akan menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang menentang

Tengku Putera pada 13 Januari lalu berkata semua wakil rakyat dan individu penting yang diberi amanah bagi menjalankan tanggungjawab membela nasib masyarakat perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak boleh berpaling tadah.

Katanya, setiap wakil rakyat memiliki kepentingan tersendiri namun mereka perlu mendahulukan perkara utama bagi memartabatkan rakyat.

Walaupun beliau menafikan kata-katanya bermaksud mengugut wakil rakyat, namun itulah hakikat sebenarnya.

“Saya percaya kepentingan mereka lebih utama, tetapi dalam hal ini saya ada terdengar dan hal ini telah diulang oleh Menteri Besar sendiri berkaitan sesetengah wakil rakyat yang mengkhianati tidak boleh bertanding,” katanya pada majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu.

Dengan kenyataan itu membukti menjelang pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir, Umno masih dalam 'krisis' dan kelam kabut.

“Baki masa yang ada sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ini perlu ditumpukan sepenuhnya wakil rakyat dan individu dipertanggungjawab,” kata Tengku Putera menggambarkan kebimbangannya.

Percakaran dikalangan pemimpin Umno Terengganu masih wujud dan disahkan oleh Ahma Said sendiri.


Ahmad Said minta pemimpin Umno mencontohi PAS

Pada 14 Januari, beliau dalam menghadapi 'kelam kabut' dikalangan pemimpin Umno Terengganu mengitiraf kepimpinan PAS dan menasihatkan pemimpin UMNO mencontohi pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian kerana 'kelam kabut' yang masih wujud ekoran pergeseran dikalangan pemimpin UMNO.

Pertelingkahan antara pemimpin itu menyebabkan mereka 'kelam kabut' dan diantara mereka bertindak 'memburukkan sesama sendiri'

Beliau berkata, pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Beliau berkata, sikap bersatu hati semua pemimpin serta pejuang UMNO boleh memastikan kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Said sebenarnya bimbang dan 'kelam kabut' kerana dalam pada UMNO Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa, permasalahan Umno masih tidak selesai.

“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.

“Jangan disebabkan tidak berpuas harti dengan UMNO, ada antara penjuang UMNO yang sanggup menjatuhkan UMNO. Sebaliknya sebagai pejuang sebenar, kita perlu sanggup mengorbankan jiwa raga demi memperkasakan parti bak kata orang ‘adat berparti, parti dipertahankan’,” katanya sebagaiman dipetik Sinar Harian

Dalam perkembangan yang lain, Umno Terengganu mengatur langkah bertemu dengan veteran Umno kerana takut kehilangan sokongan kelompok berkenaan.

Pertemuan tersebut dilaksanakan, mungkin kerana pelbagai usaha Umno untuk mengikat 'orang muda' menjadi kelam kabut dan disifatkan tidak berjaya.

Kali terakhir, Himpunan Remaja yang dicanangkan mengumpulkan 30, 000 orang muda tidak kesampaian.

Walaupun Presiden Umno, Najib juga berkata demikian, namun tidak ada satu media pro-kerajaan yang menyiarkan gambar himpunan tersebut.

Rupa-rupanya, walaupun Perdana Menteri sendiri yang turun, namun tempat duduk yang disediakan dalam Stadium tertutup Gong Badak, tidak penuh. (Gambar atas; rakaman pada hari Himpunan Remaja)

Harapan Umno, sekiranya orang muda tidak dapat 'diikat', sekurang-kurangnya veteran Umno dapat memberi contoh kepada orang muda tersebut.

Namun lain pula jadinya, veteran sebaliknya 'kelam kabut' meminta 'itu dan ini' daripada Ahmad Said

Veteran minta elaun dan pakar IT

Majlis Veteran UMNO Bahagian Kemaman memohon Badan Perhubungan UMNO Terengganu menimbang cadangan agar ahli veteran UMNO di negeri ini diberi imbuhan bulanan berbentuk elaun sekurang-kurangnya RM200 sebulan.

Pemangku Timbalan Pengerusinya, Ahmad Mahmood berkata, pemberian elaun bulanan itu sebagai menghargai jasa pejuang UMNO terdahulu yang kini sedang meniti usia senja.n Umn

Katanya, pembe-rian elaun itu wajar diberikan kepada ahli veteran UMNO yang layak seperti yang mengalami keuzuran bagi meringankan beban.

“Pemberian elaun ini pada permulaan mungkin boleh diberikan kepada veteran UMNO yang berusia 70 tahun ke atas kerana kita rasakan sangat wajar veteran UMNO ini turut dibantu dan dihargai sebagaimana kerajaan memberikan elaun bulanan kepada nelayan.

“Kita harap cadangan ini dapat diluluskan tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO negeri bila mahu memulakan pemberian bantuan elaun bulanan ini,” katanya sempena Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan pada Majlis Perbandaran Kemaman pada 14 Januari lalu

Manakala pertemuan di kawasan Kuala Nerus semalam, Veteran Umno minta pakar IT, kononya untuk mengurus aktiviti.

Pengerusi Persatuan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus, Syed Muhammad Syed Idrus, serupa sahaja dengan ahli-ahli Umno yang lain, yang tidak tahu sempadan, antara parti dan kerajaan.

Sebab itu, Syed Muhammad meminta Kerajaan Negeri menempatkan seorang pegawai yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk membantu pihaknya menyusun aktiviti dengan lebih teratur.

Perjumpaan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus itu juga telah membawa politik ke dalam kampus apabila diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Ahmad Said yang juga 'kelam kabut' tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti, mengumumkan akan menempatkan pakar IT khusus untuk Persatuan Veteran UMNO yang buta IT mempelajari bidang IT.

Friday, January 21, 2011

Mad Said 'cakap lain, buat lain'

Oleh Awang Harun

Salam For All:

Sehari sebelum program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno berlangsung kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mula bertindak agresif.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said atau panggilan mesranya ‘Mat Said’ telah dilihat ‘cakap lain, buat lain’ atau kata orang Indon “cakap tidak serupa bikin’.

Ini kerana, pada 13 Januari lalu (Khamis) dalam satu ucapannya ketika merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPk).

Katanya, kubu kuat PAS di negeri ini hanyalah di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang.

Menurutnya, meski pun ketika ini PAS sedang giat menaikan poster ‘PAS Ganti Umno’ di beberapa kawasan tetapi Umno tetap di hati.

Hakikat sebenarnya, mungkin Mat Said telah ‘gabra’, bimbang dan resah-gelisah dengan PAS Terengganu apabila ‘gelombang hijau’ akan digerakkan dan slogan ‘PAS Ganti Umno’ itu akan menjadi kenyataan.

Justeru itu, pada 14 Januari (Jumaat) lalu iaitu sehari sebelum sambutan Himpunan Kebangkita Rakyat PAS Ganti Umno dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, kerajaan BN Terengganu mula bertindak sesuatu.

Mereka cuba mensabotajkan PAS dan melakukan provokasi dengan mempergunakan pihak Penguatkuasa MPk dan Polis.

Tindakan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) menjalankan operasi menurunkan hampir 500 bendera PAS yang dipasang di sekitar bandar Chukai dan di Jambatan Sungai Kemaman dikesali penganjurnya.

Kebetulan pada waktu itu, Awang dan rakan-rakan ada di lokasi terbabit serta menyaksikan ‘kerakusan’ para pekerja MPk membuang bendera PAS.

Kerrja-kerja mencabut bendera PAS tersebut dikawal oleh pasukan keselamatan Polis Kemaman. Sebuah kereta peronda Polis digunakan serta beberapa buah kenderaan lain yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman ditugaskan mengiringi pihak penguatkuasa MPk.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Hanafiah Mat melahirkan rasa dukacita serta kesal dengan tindakan MPk menurunkan bendera PAS tersebut.

Katanya, pemimpin Umno Terengganu cukup bimbang dengan gelombang rakyat ‘PAS Ganti Umno’ yang sedang digerakkan.

Menurutnya, tindakan menurunkan bendera PAS itu petanda keresahan Umno-BN Terengganu menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

“Kami (PAS) rasa dukacita dan kesal dengan tindakan pemimpin Umno Terengganu yang menggunakan kakitangan kerajaan di MPk untuk turunkan bendera kita di sekitar Bandar Chukai dan di Jambatan Kemaman.

“Dia telah resah dengan himpunan PAS Ganti Umno dan ini petanda ‘ketakutan’ Umno Terengganu untuk hadapi PRU Ke-13,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Program tersebut menyeru agar seluruh ahli PAS dan penyokongnya tidak mudah patah semangat menghadapi tindakan Umno-BN.

Katanya, perang saraf dan provokasi mula dimainkan bagi membangkitkan kemarahan para petugas PAS yang bertungkus-lumus menjayakan perhimpunan berkenaan.

“Saya telah minta pemuda-pemuda dan petugas PAS bersabar dan tidak bertindak terburu-buru dengan provokasi ini.

“Semangat anak-anak muda yang ditugaskan memasang bendera bekerja dengan sukarela tanpa upahan wang ringgit,” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku pergaduhan sudah pasti PAS dipersalahkan serta dilabel sebagai ganas terhadap petugas MPk tersebut.

Pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno itu dijangkakan dapat mengumpul lebih 20,000 orang ahli, para petugas dan pemimpin parti disemua peringkat di seluruh negeri Terengganu.

Program tersebut dijayakan bersama oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Ngeh Koh Ham dari DAP. Malah, turut dijemput dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.


"Umno: Dulu...Kini...dan Selamanya BOHONG"

Thursday, January 20, 2011

Kita 'disembelih'!!

Oleh Awang Harun

Salam For All:

Dalam sejarah pilihan raya PAS Terengganu pernah dua kali memerintah negeri ini iaitu pada Pilihan Raya Pertama tahun 1959 dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 tahun 1999.

Ini bermakna, PAS Terengganu terpaksa bersabar dan menunggu masa yang agak lama iaitu 40 tahun untuk kembali memerintah negeri selepas ditumbang oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Apa pun alasannya, Awang angkat ‘tabik’ kepada Umno-BN atas kepandaiannya sama ada dengan cara ‘menipu’ atau ‘khianat’ BN boleh kembali berkuasa di negeri ini.

Mengikut sejarah politik tanahair ini, apa yang berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Menteri Besarnya ketika itu, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah sama dengan apa yang terjadi di Terengganu dahulu.

Taktik rampasan kuasa melalui ‘beli’ wakil rakyat, ‘ugut’ wakil rakyat adalah sama kerana datangnya dari Umno-BN yang ‘haprak’ itu.

Maka, teringatlah Awang akan kata-kata ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mendakwa kerajaan PAS Terengganu ‘disembelih’, dirampas royalti minyak dan ditekan habis-habisan kerana ingin menegakkan hukum Islam.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu mempunyai kekuatan asas yang kuat tetapi rakyat yang lemah serta mudah terpedaya.

“Kita (PAS) ‘disembelih’, dirampas royalti minyak, dihentam habis-habisan kerana kita telah berjaya meletakkan satu asas yang kukuh.

“Kita luluskan Syariat Islam, Undang-undang Islam, hukum Islam, Tuanku Sultan tandatangan dan menjadi Undang-undang yang diwartakan. Tuhan bagi pahala.

“Kita sudah menguasai kerajaan tetapi rakyat kita lemah. Dengan sebab itu, jika kita balik (menang) semula kita sudah ada asas. Ini keistimewaan kita di Terengganu,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 juga semakin hampir dan PAS perlu bersedia dari sekarang.

Menurutnya, telah terdapat tanda-tanda pilihan raya semakin dekat dan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Bekerjalah kita (PAS) dengan yakin dan bertawakkal kepada Allah SWT. Pilihan raya akan diadakan bila-bila masa.

“Sekarang sudah ada tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Kita kena bersedia daripada sekarang,” tegasnya ketika berucap merasmikan Jentera PRU Ke-13 Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal, di Masjid at-Taqwa Batu Enam, baru-baru ini.

Menurutnya, amalan demokrasi merupakan kaedah umum yang dipilih secara aman dengan menyertai pilihan raya.

Katanya, kaedah demokrasi peluang memujuk orang ramai agar menerima dan memilih perjuangan Islam.

“Di sinilah, kita (PAS) mengambil kelebihan demokrasi kerana memujuk orang supaya menerima perjuangan Islam. Pahalanya, sangat besar. Kita pilih demokrasi kecuali orang tutup demokrasi seperti di Afghanistan dan di Palestin.

“Apa lagi, kita berhadapan dengan orang Melayu, waris-warah kita, kaum keluarga kita yang beragama Islam. Mereka sayang kepada Islam tetapi tidak ‘reti’ (faham) Islam. Kita kena sabar untuk mengajak dan memujuk mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan ahli PAS agar bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan bagi mendapat pertolongan dari Allah SWT.

“Ini bukan kaedah perang tetapi kaedah umum. Jika kita sungguh-sungguh, kita ikhlas. Allah Ta’ala akan tolong kita, macam Allah Ta’ala tolong kita tahun 1959 memerintah dua tahun setengah.

“Kemudian tolong kita lagi tahun 1999, memerintah satu penggal empat tahun. Dan kita telah berjaya meletakkan asas (perundangan Islam) di Terengganu.

“Kelantan tidak boleh buat, Kedah tidak boleh buat, Perak tidak boleh buat. Terengganu kita (PAS) boleh buat. Kita memerintah dalam masa empat tahun, kita telah meletakkan hukum tertinggi al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama’ dan Qias,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Naib Yang Dipertuanya, M.Syukrimun Shamsuddin dan Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhuan Hasyim.

Ustaz Abdul Hadi turut melakukan gimik perasmiannya dengan menandatangani kesemua bendera PAS yang diserahkan kepada setiap Unit Peti Undi (UPU) serta penyerahan buku kerja persiapan menghadapi PRU Ke-13.

“ZAMAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU TELAH BERAKHIR…”

Pusat Akuatik masih belum dibuka, ada sesiapa didakwa?

Oleh Editor Buletinonline

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/geraisisikolamrenang.jpg- Ahmad Said juga pernah memberikan 'fakta bohong' kepada media
KUALA TERENGGANU - Beberapa hari selepas rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan tragedi bumbung, Buletinonline (BO) telah
dihubungi oleh seorang rakan 'jurugambar' bebas, memaklumkan tentang suatu bahaya yang akan menimpa rakyat Terengganu selepas daripada tragedi stadium.

Katanya, beliau telah pergi membuat tinjauan di kolam renang Batu Burok dan mendapati ada kebocoran yang berlaku, air meresap dan membanjiri bahagian belakang gerai yang terletak disisi kolam renang itu.

Wartawan BO, pada 4 Jun, 2009 telah membuat liputan tentang 'kolam renang Batu Burok bocor' dan mendedahkannya dalam laman Buletinonline pada hari yang sama.

Sewaktu membuat liputan tersebut, tanpa berfikir panjang, wartawan telah terjun ke dalam takungan air di belakang gerai, untuk mendapatkan gambaran sebenar kebocoran yang berlaku, walaupun air yang bertakung itu berbau busuk.

Hasilnya pendedahan pertama dengan rakaman klip video tidak mungkin dapat ditolak kesahihannya, hakikat bahawa kolam renang tersebut
bocor.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/abdulrashid.jpgDua peniaga yang ditemubual, Abdul Rashid Abdul Wahab, 44 (gambar kanan), dan Cik Siti Hajar Nadia, 23, (kiri) yakin bahawa air yang bertakung dilaluan senggaraan belakang gerai mereka adalah air yang meresap turun dari kolam renang tersebut

Kedua-dua mereka mengadu, sudah berkali-kali aduan dibuat kepada pihak-pihak berkenaan, namun masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/sitihajar.jpgApabila rakan-rakan media lain diberitahu tentang keadaan kolam renag itu, sesetengah media perdana yang pro-pemerintah mulanya tidak ambil pusing dan memandang remeh.

Namun, apabila ada peniaga yang sanggup ke depan dan membuat pengakuan, akhirnya Utusan pada 5 Jun, 2009, turut menyiarkan berita kebocoran kolam renang itu.


Liputan Kali Kedua - Bandaraya Warisan Pesisir Air

Semasa ditemubual, Cik Siti hajar berkata, air resapan dari kolam renang akan memenuhi belakang gerainya ditambah dengan air limpahan hujan dari luar gerai yang masuk menerusi pintu dapur.

Abdul Rashid berpesan sebelum wartawan BO melangkah, kalau hujan lebat turun, datanglah. Boleh tengok 'Bandaraya Warisan Pesisir Air'!

Lalu bila hujan 'Barat' turun pada penghujung Jun, 2009, wartawan Buletin bergegas ke gerai di sisi kolam renang tersebut.

Wah....memang benar-benar Bandaraya pesisir air, bukan setakat dapat mengambil gambar-gambar, bahkan Cik Siti Hajar sudi berkongsi rakaman 'air melimpah-limpah' dari telefon bimbitnya.

Lalu, sekali lagi Buletinonline mendedahkannya!


MB Nafi kolam bocor
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ahmadsaidpusatakuatik.jpg

Setelah heboh diperkatakan dan menjadi isu panas, barulah pihak kerajaan Umno/BN mahu mengambil 'cakna',

Setelah sebulan pendedahan Buletinonline, Menteri Besar Dato' Ahmad Said yang mengadakan lawatan mengejut pada 7 Julai, sebaliknya menafikan kolam tersebut bocor.

Bukan setakat menafikan, Ahmad Said membuat tekaan dengan mengatakan, air yang bertakung bukan air yang meresap dari kolam tetapi
adalah air buangan dapur para peniaga

"Dakwaan ini tidak betul, sebab kalau kita lihat paras air kolam adalah stabil. Kalau bocor, tentu parasnya surut," kata Ahmad.

Beliau berkata air yang dikatakan bocor itu sebenarnya ialah air hujan yang turun melalui tangga dan mengalir ke kawasan premis perniagaan
tersebut. "Kita perlu pasang paip besar di setiap penjuru untuk mengalirkan air dari atas bumbung ke longkang," katanya lagi dipetik Bernama


JKR Arah Tutup

Belum sempat kering air yang bertakung dan belum dirunding tender untuk pasang paip besar, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu
Mansor menyanggah kenyataan Ahmad Said.

Pada 10 Julai, Kementerian Kerjaraya mengarahkan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai RM18 juta yang baru setahun disiapkan ditutup sementara mulai semalam kerana kualiti kemudahan dan tahap keselamatan yang menyebabkannya tidak sesuai
digunakan orang ramai.

Berita Harian melaporkan Shaziman berkata, pasukan penyiasat Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati banyak kelemahan dan kesilapan
teknikal dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan yang tidak mencapai mutu ditetapkan sehingga berlaku kebocoran dan
kerosakan peralatan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/angkarasiapa.jpg“Kami sudah memeriksa persekitaran termasuk di bahagian bawah tanah dan mendapati banyak kebocoran. Kita dapat lihat soket elektrik yang terdedah kepada kebocoran air dan ini semua tidak selamat digunakan,” kata Shaziman selepas meluangkan lebih sejam mengetuai pasukan penyiasat JKR melawat kompleks itu.

Nah! Ahmad Said terbukti tidak mengetahui apa-apa tentang pembinaan, dan memberikan fakta bohong kerana cuba-cuba 'berteori' tentang pembinaan!


Shaziman Terkilan - Lepas Stadium runtuh, pusat Akuatik Pula!

Kompleks Akuatik yang dibina mengikut konsep reka dan bina itu siap pada Mei 2008 untuk digunakan pada Sukan Malaysia ke-12 yang dihoskan Terengganu pada Jun tahun lalu. Pengawasan dan pemantauan pembinaan kompleks itu dilaksanakan JKR Terengganu.

Shaziman berkata, kerosakan kompleks itu mungkin disebabkan pelbagai faktor termasuk pengawasan projek yang lemah kerana perlu disiapkan segera, tetapi itu tidak patut menjadi sebab membolehkannya disiapkan tanpa ikut spesifikasi.

“Projek ini dalam tempoh jaminan dan kita mengarahkan kontraktor melakukan kerja pembaikan sebaik mungkin,” katanya sambil menambah
laporan penyiasatan lengkap kompleks itu diserahkan kepadanya oleh JKR Pusat 10 selepas itu..

"Saya terkilan kerana di Terengganu bukan saja Kompleks Akuatik menghadapi masalah tetapi bulan lalu, (sebahagian) bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh" katanya.

Dalam maklum balas segera, Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata, JKR Pusat yang melaksanakan penyiasatan terhadap kompleks itu akan mengambil tindakan terhadap kakitangan JKR Terengganu yang bertanggung jawab membuat pemantauan projek itu, jika terbukti wujud kecuaian.

Judin berkata, JKR Terengganu bertanggungjawab terhadap kawal selia pembinaan, bagaimanapun pihaknya masih belum boleh membuat sebarang kesimpulan terhadap tugas yang dilaksanakan itu dan adakah ia menjadi punca kompleks itu bermasalah, sebaliknya JKR akan membuat penilaian secara menyeluruh.

"Ketika ini kami mempunyai beberapa pandangan tetapi ia masih belum boleh dijadikan kesimpulan terhadap apa yang berlaku kerana ia mestilah berasaskan kepada fakta dan laporan yang akan diterima nanti bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya.


Janji pendakwaan

Tepat tempoh waktu yang dijanjikan, hasil siasatan Pusat Akuatik diumumkan kepada orang ramai.

Pada 21 Julai, Jabatan Kerja Raya mengisytiharkan hampir keseluruhan Pusat Akuatik rosak teruk.

Judin, dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur mendedahkan secara terperinci; struktur keluli bumbung, pagar, tangga, saluran elektrik dan lampu mengalami pengaratan serius.

Judin juga menjelaskan, pembinaan Pusat Akuatik yang dilaksanhttp://buletinonline.net/images/stories/berita39/pusatakuatiktrga.gifakan oleh kontraktor Pakatan Nadiwangsa Sdn Bhd adalah satu 'projek sakit' yang gagal disiapkan menurut tempoh yang diberikan.

Judin turut mnyenaraikan kerosakan lain yang berlaku antaranya mengakui didnding kolam mengalami resapan dan kebocoran air yang serius terutamanya ketika hujan.

Ia bertepatan sekali dengan apa yang dilaporkan oleh para peniaga kepada Buletinonline dalam liputan 'Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Lalu Judin pun merumuskan akan menubuhkan dua Jawatankuasa menangani masalah tersebut iaitu Jawatankuasa Kerja Pemulihan dan Jawatankuasa Khas Salah Laku.

Judin berjanji, Jawatankuasa Khas Salah Laku akan melakukan penyiasatan secara terperinci salah laku dan kecuaian disetiap peringkat pembinaan.

Judin berjanji lagi, Jawatankuasa Khas Salh laku tersebut diberi tempoh tiga (3) bulan sehingga Oktober, 2009, mengemukakan hasil siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah.


Judin Ulangi; Wujud salahlaku, pengkhianat akan didakwa

Pada 31 Julai, 2009, Berita Harian melaporkan Judin berkata pihaknya serius menyiasat dan memastikan jika ada penyelewengan berlaku, orang yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan tidak terlepas dan dibawa ke muka pengadilan.

Judin berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap Pusat Akuatik MBKT, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud unsur salah laku dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan.

Katanya, pihaknya mengenal pasti banyak kelemahan dan kesilapan teknikal yang boleh dipersoalkan dalam pembinaan pusat akuatik bernilai hampir RM19 juta itu.

Beliau berkata, Jawatankuasa Salah Laku juga sudah ditubuhkan bagi menyiasat sama ada wujudnya unsur itu membabitkan pegawai JKR dan kontraktor yang terbabit dengan projek itu.

Namun, itu merupakan berita terakhir yang dikesan berkenaan Kompleks Akuatik MBKT dan semuanya itu adalah berita lebih setahun yang lalu.

Sehingga kini sesudah lebih setahun ia berlalu, kita mendengar berita bahawa Kompleks Akuatik itu belum dibuka, tetapi adakah kita mendengar sesiapa yang didakwa???

Wednesday, January 19, 2011

Mustapha Kamal, sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno

Oleh Awang Ja


SELASA 18 Januari 2010 - Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Saudara Mustapha Kamal bin Man, 35 untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno pada Sabtu 15 Januari yang lalu, tercapai juga sebelum meninggal dunia di kediaman ibu beliau pada awal pagi hari ini.

Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu, meluahkan kesungguhannnya untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan pemudanya di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.

IMBAS KEMBALI...Allahyarham ketika menyertai konvoi PGU 15 Januari lepas

Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabut di Jalan Abdul Jalil itu meninggalkan seorang isteri, Che Wan Aniza binti Che Wan Rani,30 dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal,6 tahun, Siti Nur Aishah,5 tahun dan Siti Nur Athirah,3 tahun.Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar PASTI As-Syakirin,Tanah Lot.

Kereta Jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sura




Jenazah beliau disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak untuk menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan Allahyarham dalam gerakkerja parti ini.

Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) di pengebumian bapanya

Dengan ini,pihak Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan dari orangramai untuk meringankan beban keluarga Allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.Moga mereka ini dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, saudara Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, saudara Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhaiNya..Amin.

Sumber : http://pemudabersamamu.blogspot.com

Tuesday, January 18, 2011

Politik 'ala-samseng' Ahmad Said

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/DSC_4633.JPG..... dan 'hipokrit' Umno Terengganu.
KUALA TERENGGANU
- Walaupun setelah hampir tiga tahun Dato' Seri Ahmad Said memegang tampuk pemerintahan dan menjadi Menteri Besar negeri Terengganu, namun gaya 'politik lama' beliau masih tidak berubah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata Ahmad Said masih mengamalkan 'politik jalanan' yang bertentangan dengan kehendak 'politik baru' masakini.

Beliau menyifatkan, tindakan Ahmad Said mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) mencabut bendera PAS pada 14 Januari lalu sebaga 'politik ala-samseng' yang telah ketinggalan zaman.

(Gambar kiri - 'Hipokrit' pemimpin Umno; mencabut bendera PAS tetapi pada masa yang sama memasang bendera parti di pagar kompleks pejabat Majlis Perbandaran Kemaman. Gambar kanan - Penguatkuasa Majlis dirakam ketika mencabut bendera PAS di jambatan Kemaman)

"Tak habis-habis lagi perangainya, macam 'samseng jalanan', dari dulu sampai sekarang, dulu sepak bakul peniaga di pasar, ajak orang bertumbuk dalam sidang DUN, sekarang bila ada kuasa beri arahan sendiri kepada Majlis (Perbandaran Kemaman) suruh budak-budak (penguatkuasa) cabut bendera PAS,"katanya ketika ditemui.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/P1220355.JPGDato' Abu Bakar Chik yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, berdasarkan kejadian terbaru itu yang menunjukkan 'warna sebenar' diri Ahmad Said menjelaskan beliau tidak layak memegang kuasa eksekutif tertinggi di negeri Terngganu.

'Orang yang memegang kuasa eksekutif tidak boleh membuat arahan terus ke bawah, ia adalah satu penyalahgunaan kuasa yang jelas,"katanya

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, tindakan Ahmad Said juga mencerminkan sikap 'hipokrit' beliau dan 'double standard' pemimpin Umno negeri Terengganu.

Haji Hanafiah berkata, beliau menerima rungutan kakitangan kerajaan berkenaan arahan Ahmad Said yang dianggap sebagai 'menyusahkan' pekerja bawahan.

Monday, January 17, 2011

30,000 orang jayakan PGU

Oleh Awang Harun

Salam For All;

Hari ini, Awang terasa sangat letih pada seluruh badan dan tidak bercadang untuk menulis dengan lebih panjang.

Storynya, mengenai sama ada ‘kejayaan’ PAS melaksanakan projek “PAS Ganti Umno” atau ‘kegagalan’ Barisan Nasional untuk sekat penganjuran program tersebut.

Cuma….Awang akan paparkan serba sedikit rakaman foto-foto pada sehari pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman.

‘SELAMAT DATANG’…Pimpinan PAS dan orang ramai sedang menunggu ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Dua pesilat veteran yang membuat persembahan sebahagian dari gimik awal pada Majlis Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat diberi baju T untuk dipakai pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat dari kiri Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (bersongkok), Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘GIMIK’…Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama-sama memukul paluan gong sebagai tanda perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘AMANAT’… Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Amanat Khas kepada para hadirin Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap merasmikan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Muslimat PAS berteduh di celah rimbunan pokok rhu di tepi pantai Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Belon ‘gergasi’ PAS Ganti Umno yang dinaikan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.


Pasukan gendang silat yang didatangkan khas bagi menyambut kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘SAMBUT’….Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyambut ketibaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pasukan motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘KASIH BAPA’… Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membawa seorang puterinya ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan dua pemimpin iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Baju T ‘PAS Ganti Umno’ berwarna hijau untuk peserta muslimin dan selendang hijau bagi peserta muslimat dibuat khas untuk program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘LAUTAN MANUSIA’…orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘CURI TUMPUAN’…tiga orang anak muda yang berada di atas pokok untuk melihat dari dekat pemimpin Pakatan Rakyat di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘DERMA’….para petugas Unit Amal sedang mengira wang sumbangan derma kilat yang dilancarkan sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalam dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalaman dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘SANTAI’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berehat selepas menyertai pertandingan memancing pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat dari kanan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib turut menderma pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim antara tetamu pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Kesimpulannya, Awang minta pembaca menilai sendiri daripada paparan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari program tersebut berlangsung. Sama ada berjaya atau tidak nilailah sendiri. Ada mata lihat…ada mulut cakap…ada akil fakir-fikirkan.