Wednesday, March 30, 2011

Tunaikan janji dengan pesawah Jelapang dulu!

Oleh Wartawan Buletin

SETIU
- Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman http://buletinonline.net/images/stories/berita45/azmanlawatpadisetiu.jpgIbrahim menasihatkan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu supaya menyelesaikan dulu tuntutan dan janjinya kepada peserta Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang, Mukim Hulu Nerus, sebelum bercadang membuka kawasan padi yang baru,


Menurutnya, lebih 20 orang petani yang juga peserta Projek terbabit disini menuntut kerajaan menyelesaikan bayaran gantirugi kepada mereka, berikutan kerugian akibat kecuaian agensi kerajaan.

(Gambar - Dr Azman (baju biru) ketika melawat kawasan Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang tidak lama dulu)

Katanya, pada musim tanaman padi tahun 2009, penanam padi telah memperolehi hasil yang rendah kerana kelewatan pihak berkuasa terdapat membawa masuk jentera menuai padi.

"Sekarang musim orang lancar projek, mungkin kerana pilihanraya sudah hampir, tapi saya nak mengingatkan MB Dato' Mad Said, sebelum lancar (kawasan padi) hok lain, selesaikan dulu hok (yang) buat doh,

"kes tuntutan penanam padi Jelapang tahun 2009 tak selesai lagi, kerajaan bawa masuk mesin penuai lambat, akibatnya penanam padi rugi,"ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang berkata, kerajaan telah mengenalpasti kawasan seluas 480 hektar di Pengkalan Berangan, Marang untuk diusahakan dengan tanaman padi.

Ahmad turut berjanji akan menyediakan infrastruktur untuk tanaman padi di Pengkalan Berangan dan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyediakan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk projek itu.

Sehubungan itu, Dr. Azman menggesa Ahmad mengotakan terlebih dahulu janjinya dengan pesawah di Kampung Jelapang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/kawasanjanjimdsaid.jpgKatanya, Ahmad ketika melancarkan pembukaan semula tanah sawah di kampung tersebut bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berjanji akan memberi 10 ekar tanah kepada setiap pesawah bagi kawasan baru penanaman padi.

(Gambar kiri - kawasan yang dijanjikan oleh Ahmad said, masih 'hutan')

"Ahmad 'menyohor' penanaman padi di kampung Jelapang telah berjaya, sedangkan sebenarnya yang telah diusahakan adalah bekas sawah yang pernah diusahakan pada zaman pemerintahan PAS dulu,

"janji nak beri 10 ekar setiap kepada pesawah belum ditunaikan,"jelas Dr. Azman

Sementara itu, wakil pesawah Kampung Jelapang, Abdul Rahman Awang, 59, ketika dihubungi berkata, hasil tanaman padi mereka pada musim 2009 rendah kerana kelewatan membawa masuk jentera menuai padi

Menurutnya, sebahagian besar padi yang ditanam dituai lewat melebihi 120 hari, bahkan sehingga melepasi 140 hari kerana kelewatan jentera tersebut.

Katanya, kecuaian tersebut adalah disebabkan oleh peranan ketua-ketua blok tidak menyusun jadual penuaian dengan betul

"Banyak padi dituai lewat, khususnya di Blok A sampai (melebihi) 140 hari, padi jadi tumbang dan jentera tidak dapat menuai buah padi dengan rata, orang-orang ketua blok dan kroni-kroni mereka didahulukan,"ujarnya.

Monday, March 28, 2011

Menteri Besar Terengganu suka berbelanja secara membazir

Oleh Wartawan BO

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar mendakwa, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said suka berbelanja wang rakyat Terengganu, tanpa membuat kajian terlebih dahulu

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diterajui Ahmad Said membelanjakan sebanyak RM2 bilion wang rakyat Terengganu pada tahun lalu.

Katanya, walaupun menghabiskan wang sebanyak itu, kerajaan Terengganu masih tidak cukup belanja sehingga mengambil wang amanah rakyat.

"Terengganu ini banyak pitih (duit) tahun lepas Menteri Besar belanja du ribu juta (RM2 bilion), hasil negeri Pahang setahun RM500 juta, kita (negeri Terengganu) belanja setahun RM2 bilion,

"dapat lebih kurang RM2 bilion, belanja RM2 bilion tak cukup lagi sehingga kerajaan terpaksa mengambil wang-wang amanah,"ujarnya ketika berucap dalam majlis penerangan sempena perasmian Pasti as-Solihin di Kampung Gong Tok Nasek disini, 25 Mac.

Beliau yang juga bekas Pegawai Kewangan kerajaan Terengganu berkata, wang amanah tersebut bukan milik kerajaan tetapi wang 'deposit', bayaran pendahuluan bagi perbelanjaan air, elekrik dan lain-lain.

Beliau mendedahkan, antara perbelanjaan membazir yang telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN adalah membeli itik-itik angsa untuk diletakkan di Tasik Kenyir.

"Saya nak kabor (beritahu) tentang perbelanjaan yang sudah dibelanja, antaranya membeli 'angsa', bukan 'Unser' kereta itu, tetapi angsa (yang) macam itik (itu),

"Menteri Besar terengganu beli angsa daripada negeri China, seekor harganya RM5,600, jumlah semua yang dibeli (termasuk itik lain) ialah 101 ekor, jumlahnya (harga) RM223, 750,"jelasnya

Sepatunya, menurut Dato' Tengku Hassan, dengan jumlah tersebut, kerajaan boleh membina lima buah rumah untuk orang-orang miskin, tetapi ia digunakan hanya untuk membeli itik.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun ini (2011) kerajaan Terengganu akan membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk memberi makan gajah, harimau dan beruk di zoo Bukit Takal, Kijal Terengganu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Terengganu memang terkenal mempunyai kegemaran suka berbelanja untuk perkara yang 'pelik-pelik' yang berharga jutaan ringgit antaranya membina 'Roller Coaster' dan Mercu Tanda Kemaman.

Monday, March 21, 2011

Kebangkitan PAS ganti Umno akan berlaku

Oleh Editor

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/UHT1.jpgKUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menjangka akan berlaku kebangkitan rakyat di seluruh kawasan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang termasuk tempat yang mempunyai penyokong kuat Barisan Nasional (BN) seperti Kemaman dan Besut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib berkata, kebangkitan rakyat itu akan berlaku berdasarkan kepada sikap terbuka mereka yang bijak memberi undi kepada parti politik tertentu dan memilih pemimpin.

Menurutnya, kubu kuat BN akan ditembusi pembangkang dan tidak menolak berkemungkinan kejayaan tersebut sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 apabila pembangkang berjaya merebut keseluruhan kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 32 kerusi DUN di negeri ini.

“Kita jangka rakyat akan melakukan kebangkitan di Kemaman dan kita akan turut memberi tumpuan di Besut.

“Kita akan ambil kesemuanya dan beberapa kerusi yang kita yakin kekal milik pembangkang dalam pilihan raya umum nanti adalah DUN Wakaf Mempelam dan Parlimen Marang,” katanya.

Beliau turut menjangkakan PAS mempunyai potensi untuk menang di Seberang Takir berdasar kepada sokongan rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, walaupun DUN terbabit dilihat sukar disebabkan wujud pengundi pos yang sebahagian memihak kepada BN, namun sokongan kuat daripada pengundi biasa mampu meningkatkan jumlah undi kepada Pas.

“Kita melihat potensi di Kuala Nerus termasuk DUN Seberang Takir yang dilihat ada harapan untuk kita ambil alih,” katanya.

Beliau menjelaskan, masalah dalaman BN negeri yang didakwa belum selesai akan memberi pulangan yang baik kepada pembangkang sekiranya ia berterusan sehingga ke hari mengundi.

Harun tidak menolak akan berlaku undi protes dalam BN terutama di Besut berikutan perubahan kepimpinan yang berlaku sebelum ini tidak disenangi kumpulan tertentu dalam BN.

“Ada tempat kuat penyokong BN seperti Besut tetapi kita yakin ada undi protes dan ini kemungkinan besar akan berpihak kepada Pas,” katanya.-SH

Saturday, March 19, 2011

Himpunan PGU2; 5,000 berhimpun sesi pagi

Oleh Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu3.JPG- Umno gagal anjurkan sukaneka
BESUT
- Hampir 5,000 orang berhimpun pada sesi pagi acara pra-perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Ke-2 yang sedang berlangsung di bandar Jerteh, disini hari ini Sabtu, 19 Mac, 2011

Antara program yang dianjurkan pada sesi pagi adalah kuliah dhuha, pertandingan mewarna murid-murid Pasti dan perarakan bermotosikal dari ARC (Alternative Riding Club)

Perasmian PGU2 akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2,00 petang.

Pelbagai lapisan masyarakat seluruh rakyat negeri Terengganiu yang sedang berhimpun kini sedang menikmati makan tengah hari 'jamuan rakyat' bersama pimpinan PAS yang telah di lancarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kira-kira jam12.30 tengahhari.

Presiden PAS dan Timbalan Pesuruhjayab PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah mengagih-agihkan makanna tengahari kepada semua peserta dan pengunjung yang berada di tapak Himpunan PGU2.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2.JPGSementara itu, Penolong Pengerusi Jawatankuasa IT Himpunan PGU2, Wan Anwar Wan Ahmad memaklumkan, Umno Bahagian Besut gagal menanjurkan program sukaneka yang dijadual pada tarikh dan hari yang sama dengan Himpunan PGU2.

Wan Anwar berkata program sukaneka tersebut yang sengaja dirancang pada awalnya untuk menganggu Himpunan PGU2, tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat sambutan.

"Sepatutnya di buat di kawasan 'parking' tempat pasar tani diadakan, tapi tak jadi, difahamkan ianya tak dapat sambutan dari ahli-ahli Umno Besut,"ujarnya ketika ditemui di tapak Himpunan PGU2.

PAS Ganti UMNO - Zon Utara

Klik untuk besarkan

Thursday, March 17, 2011

Menjelang PGU2; Isu-isu besar yang belum terjawab

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/mercutandakemaman1.jpg- Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti
KUALA TERENGGANU
- Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno kali yang kedua yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu, rakyat perlu penjelasan yang munasabah berkenaan isu-isu besar yang belum terjawab sehinggan kini

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kijal

Ketika ADUN Kijal Dato' Seri Ahmad Said disebut-sebut, akan menggantikan ADUN Jerteh, Dato' Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.

TV3 menyiarkan berita tentang seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan terhadap perlaksanaan tiga projek; Mercu Tanda Kemaman, Pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.

Pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005), Majlis Perbandaran Kemaman telah mengeluarkan tender cadangan membina Mercu Tanda Kemaman yang terletak Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, Terengganu, berhadapan dengan Balai Bomba daerah Kemaman.

Tender tersebut telah dibida oleh sebuah syarikat; ZHA Development Sdn. Bhd.(ZHADSB) yang beralamat di K03, Lot 3195k, Tingkat Dua, Komplek Permint Harmoni, Jalan Batas Baru dengan harga RM3.99 juta

Salah seorang pemilik ZHASB adalah Ahmad Zubir Azhari, selain Din Jusoh dan Haslina Abdul Rahim.

Nama Ahmad Zubir Azhari muncul dalam semakan bersama senarai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, memegang jawatan Bendahari

Mercu Tanda Kemaman telah disiapkan ZHASB sekitar tahun 2006, namun tidak berapa lama kemudian ia telah rosak dan tidak dapat berfungsi langsung.

Menteri Besar dan kerajaan negeri Terengganu perlu memberi penjelasan mengapa TV3 telah menyenarai pembinaan Mercu Tanda Kemaman sebagai salah satu projek yang melibatkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh ADUN dari Kijal.

Oleh kerana ianya melibatkan wang rakyat jutaan ringgit dan tuduhan tersebut telah disiarkan secara terbuka, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil dan memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sekiranya ADUN terbabit tidak melakukan sebarang rasuah atau penyelewengan, SPRM perlu bertindak ke atas TV3 yang telah menyiarkan berita 'bohong ;lagi palsu' kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai.

Menteri Besar dan kerajaan Terengganu juga perlu memberikan secara terperinci bagaimana binaan monumen tersebut yang hanya melibatkan batu, pasir, simen dan besi menelan kos RM3.99 juta.

Begitu juga dengan dua kes lagi yang disiarkan oleh TV3 iaitu Pembinaan Dewan Seri Amar dan Bandar Baru Kijal.

SPRM perlu membersihkan nama ADUN Kijal dan mengambil tindakan ke atas TV3 sekiranya tidak ada sebarang perlakuan rasuah dan pemyelewengan yang berlaku.

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kemasik?


Agensi berita Bernama pada 3 Ogos, 2009 telah melaporkan, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Ogos.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/rosli.jpgADUN tersebut dilaporkan ditahan berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, bersama-sama dua rakannya.

Beliau ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

ADUN tersebut, yang ditahan reman keesokkannya, ketika ditahan, terdapat wang tunai sebanyak RM5,000.

Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemanan untuk siasatan lanjut.

Manakala akhbar The Malay Mail pada 3 Ogos melaporkan, Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata kes penahanan ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Ramli Abdullah 'tidak di politikkan'.

Akhbar berbahasa Inggeris itu dengan jelas melaporkan;

"Shukri said Rosli and Ramli are expected to be produced before a magistrate’s court today in Kemaman, Terengganu, to be remanded for investigations to commence on a claim that a contractor had paid a RM20,000 bribe as inducement to secure a landscape project in Kuala Lumpur for one Cekal Sekitar Sdn Bhd.

It was learnt that Rosli was picked up at about 9.30am at a hotel in Kemaman, a quiet town south of Kuala Terengganu, with another man. Malay Mail also learnt that MACC officers had found RM5,000 on him. A source said the two were detained at the Kemaman police station and would be produced in court today.

The MACC is applying for a five-day remand order to detain them to facilitate investigations. Other than an assemblyman, Rosli, 42, an engineer by profession, also holds the deputy chairman post of the State Local Government and Housing Committee. A graduate of the University of Middlesex in London, the Bukit Kukuran Umno branch chairman beat Pas’ Mohamad Mahadi Nawi in the 2008 polls by over 2,000 votes."


Namun sehingga kini, tuduhan terhadap ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said, ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Rosli Abdullah terus menjadi tandatanya.

Sedangkan pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.
http://buletinonline.net/images/stories/berita44/rumahahmadsaid.jpg
Rumah Biru Tepi Bukit

Selain perkara yang melibat rasuah serta penyelewengan, sehingga kini rakyat Terengganu perlu diberi penjelasan mengenai rumah biru tepi bukit yang kini diketahui ramai milik Menteri Besar negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said,

Oleh kerana ketika rumah tersebut dibina, Ahmad masih seorang Exco kerajaan, maka bagaimanakah seorang pegawai kerajaan boleh membina sebuah rumah yang dilaporkan bernilai mencecah RM3 juta.

Apatah lagi kini, Ahmad yang sudah bergelar Menteri Besar, seharusnya menjadi contoh ikutan kepada para Adun lain.

Justeru, perincian perbelanjaan rumah tersebut mestilah dibuat secara telus dan akuntabiliti, butiran perbelanjaan dan dari manakah datangnya wang yang banyak tersebut?

Umno Terengganu 'tertekan'; meracau??

Oleh Skuad BO

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/bannerPGU.jpgKUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu berkemungkinan mengalami masalah 'tekanan' dan 'stress' sehingga alergi terhadap kain pemidang dan poster-poster serta ceramah PAS dan Pakatan Rakyat, sehingga menjadi tidak rasional menghadapi situasi politik yang sedang berlaku masakini.

Ketua Penerangan PAS Rantau Abang, Syed Agil berkata ia jelas apabila Umno mula 'meracau' dan mencabut apa saja yan menjadi syiar PAS serta Pakatan Rakyat sejak PAS melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Ketika menghubungi Buletinonline Sabtu, 12 Mac, beliau berkata kain pemidang PGU (gambar) yang diletakkan di dalam DUN berkenaan telah turut hilang

"Selepas solat Jumaat (11 Mac) 'banner' PAS ganti umno yang terletak dalam DUN Rantau Abang telah dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap demokrasi dalam negeri terengganu.dipercayai penyokong umno menjadi dalang tersebut,

"Kemungkinan MB Terengganu yang akan datang ke Dungun menjadi agenda 'Umno-Apco,"tegasnya.

Beliau mengingatkan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar mengambil perhatian dan memerhatikan kain-kain pemidang yang dipasang, khususnya kain pemidang yang berslogankan 'Pas Ganti Umno''.

Rupa-rupanya, pada masa yang agak sama, kejadian mencabut kain pemidang PAS Ganti Umno bukan sahaja berlaku di DUn rantau Abang.

Syed Agil yang turut memuatkan berita kehilangan pemidang PGU di DUN Rantau Abang dalam laman facebook, telah mendapat maklumbalas dari seorang penyokong PAS yang memaklumkan, perkara yang sama turut berlaku dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/dailogpakatanrakyat%20047.jpgYB Umno kecut!

Dalam pada itu, di Sebearang Takir Kuala Terengganu, dua orang wakil rakyat Umno yang dijemput untuk menjadi ahli panel dalam program Dailog Rakyat anjuran Parti Keadilan rakyat Cabang Kuala Nerus tidak muncul pada waktu yang ditetapkan.

Setelah pihak pengajur menunggu sehingga jam 10 malam, program dailog tersebut terpaksa diubah menjadi program ceramah umum.

Ketua Cabang tersebut, Muzafeq Muhammad merasa terkilan kerana kedua-dua pemimpin Umno Terengganu tidak dapat hadirkan tanpa sebarang pemakluman sedangkan surat telah dihantar ke pejabat masing-masing.

"Saya terkilan kerana kedua-dua YB YB Adun Seberang Takir, Razif dan YB Parlimen Dato' Nasir tidak hadir, sedangkan program ini dianjurkan atas kepentingan rakyat yang mahu berdailog secara terbuka dengan pihak kerajaan, yang mereka wakili,"katanya ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Menurutnya, apa yang menjadi kekesalan pihaknya, dan Pakatan Rakyat adalah, ada pihak tertentu yang mewakili ADUN tersebut telah menghebahkan di kawasan berkenaan bahawa program dailog tersebut batal.

"Mereka juga berkata, YB Razif tidak hadir kerana tidak ada surat jemputan, sedangkan kita telah menghantar surat kepada-kepada YB Umno itu, dan salinan penerimaan surat tersebut disahkan dengan cop terima oleh pegawai di pejabat kedua-dua wakil rakyat,"jelasnya sambil menunjukkan salinan tersebut kepada pihak media.

Menjelang PGU2; Ahmad Said dan Janji-janji Royalti

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/janjiroyalti.gif- Rakyat tuntut janji kerajaan pusat lunaskan pembayaran
KUALA TERENGGANU - Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan ‘drama’ bersiri yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

‘Episod’ pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang ‘Dana Khas’ yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang ‘dirampas’ sejak pemerintahan PAS tahun 2000 di Terengganu.

Penyerahan baki bayaran tersebut pernah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said di Stadium Negeri, pada 13 Disember 2008.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408.6 juta itu bukan pembayaran royalti sebenar.

Katanya, hak royalti sebenar telah ‘dirampas’ oleh kerajaan BN semasa Terengganu dikuasai PAS pada tahun 1999 hingga 2004.

“Ia (RM408.6 juta) bukan royalti. Royalti belum diselesaikan lagi kerana kes masih di Mahkamah dan ada dalam lembaran akaun. Kerajaan Persekutuan melalui ‘dana khas’ itu hanya menyerahkan 78 peratus sahaja sebelum ini,” katanya mengulas perkara tersebut ketika itu .

Sebaliknya, kata beliau pembayaran tersebut merupakan baki wang terimaan ‘dana khas’ dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini bagi tahun 2007 dan 2008 dan bukan royalti.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk membuat pembayaran tersebut kerana yang bertanggungjawab adalah pihak Petronas kepada kerajaan Terengganu.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Terengganu perlu diingatkan, pada bulan Mac ini, telah genap 11 tahun hak royalti rakyat Terengganu telah ‘dirampas’ dan dinafikan oleh kerajaan BN pusat.

Rakyat kini menuntut agar kerajaan Terengganu mendesak kerajaan pusat supaya melunaskan janji-janji untuk pembayaran royalti dan pemgembalian royalti sepenuhnya.

ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said telah berjanji pada bulan Mac 2011 ini kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Katanya, Ahmad Said berjanji demikian pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

"Ahmad Said berkata, seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (Januari, 2009) kira-kira dua tahun lepas, Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat membayar royalti sepenuhnya) setelah perundingan dilaksanakan,"ujarnya ketika ditemui

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (ADUN Rhu Rendang) yang meminta kepastian dari kerajaan bilakah tarikh sebenar royalti minyak akan dipulangkan kepangkuan rakyat Terengganu.

Dr. Alias yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat telah berkali-kali berjanji akan mengembalikan royalti tersebut, namun ia hanyalah 'janji-janji' dibibir mulut sahaja.

"Kita minta Ahmad Said dan kerajaan, samada Terengganu atau Pusat supaya berhenti 'cakap pelawok', buat janji sokmo, tapi tak ditunaikan, dia juga kata, kerajaan pusat bersetuju membayarnya secara berperingkat bermula Januari 2011, setakat ni, dah bulan Mac, tak ada dengar apa-apa,"jelasnya.

Beliau menegaskan, Ahmad Said ketika menjawab soalan tambahan Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang yang sama, turut berjanji kerajaan pusat bersetuju membayar royalti secara berperingkat bermula Januari 2011.

"Ahmad Said berkata RM200 juta akan dibayar setiap tahun kepada Kerajaan Negeri, dari RM2.2 bilion yang telah diguna belanja oleh kerajaan pusat akan dibayar secara ansuran dalam tempoh 10 tahun."tambah Dr Alias.

Wednesday, March 16, 2011

Umno Terengganu 'Dok Rok', Lemah

Oleh Buletinonline

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ariffindraman.jpgKUALA TERENGGANU - Pas menganggap UMNO Terengganu tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila terpaksa ‘membawa’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau percaya jentera UMNO negeri ini sudah tidak berupaya untuk menembusi kubu kuat Pas lalu mengambil keputusan meminta bantuan Najib yang juga Presiden UMNO.

“Biasa Perdana Menteri tidak datang, pilihan raya kecil sekalipun hanya Timbalan Perdana Menteri yang turun padang dan ini memberi gambaran jentera UMNO tidak berupaya hingga terpaksa minta bantuan Pusat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun kata Ariffin, Pas Terengganu tidak pernah gentar atau bimbang dengan kehadiran Najib ke kawasan mereka kerana percaya pengundi di DUN itu tidak akan berubah menyokong UMNO dan BN yang banyak melakukan penyeleweng.

Malah menurut beliau, keyakinan itu juga diluahkan kerana DUN dimenangi Pas terutama Manir, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Rhu Rendang mempunyai kekuatan sendiri yang tidak mudah ditembusi UMNO dan BN.

“Kita tidak bimbang dan takut dengan Perdana Menteri, datanglah kita tidak menghalang kerana selain mempunyai kekuatan sendiri di DUN itu, kita juga percaya rakyat tidak akan berubah kepada BN yang banyak menindas mereka.

“Apa pun, kita percaya perkembangan ini memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir dan kita ada strategi sendiri untuk mempertahankan kerusi kita selain sasaran kerusi milik BN,” katanya.

Najib sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu jentera UMNO Terengganu menggempur kawasan DUN Manir dan Bukit Tunggal pada 30 April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dua kawasan yang diwakili pembangkang itu dipilih untuk digempur dalam usaha UMNO menakluk kembali dua DUN itu yang jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum lalu.

Selain dua kawasan itu katanya, DUN lain yang dimenangi Pas iaitu Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Sura juga akan turut digempur menjelang PRU-13 yang diramalkan semakin dekat.

Monday, March 14, 2011

Menjelang Himpunan PGU2; PAS edar pelekat motosikal dan kereta

Oleh SM Noor

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/edarsticker1.jpgKUALA TERENGGANU - Sembilan hari menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU) Kali kedua akan diadakan, PAS Terengganu mengedarkan pelekat motosikal dan kereta berlogokan PGU secara percuma.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), ia akan diedarkan di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Besut, di mana PGU 2 akan diadakan, Parlimen Kuala Nerus dan Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, edaran pelekat tersebut adalah bertujuan menyemarakkan lagi PGU kali ke 2 yang telah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemamn, pada Januari lalu.

"Ini pelekat kereta dan motor yang kita akan (mula) edarkan esok (Jumaat 11 Mac) (sebagai) usaha gempur kita bagi menyemarakkan, memberi awasan dan pemakluman kepada suluruh rakyat Terengganu tentang program (PGU2),"katanya ketika ditemui selepas mesyuarat politik d Pejabat Perhubungan PAS Khamis 10 Mac.

Kerajaan Umno semakin ‘gelojoh’ ambil tanah orang Melayu

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/sallehembong.jpg- rampas tanah rakyat tanpa membayar pampasan
KUALA NERUS
– Isu tanah telah menjadi isu rakyat kerana kerajaan Umno yang memerintah Terengganu hari ini, semakin gelojoh mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu.

Persoalan yang timbul ekoran tindakan itu adalah, apakah pertimbangan kerajaan terhadap pengambilan tanah orang-orang Melayu sekiranya kerajaan Umno Terengganu adalah sebuah kerajaan orang-orang Melayu?

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemngambilan Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata demikian dalam program Dailog Rakyat di Seberang Takir, dekat sini, Sabtu, 12 Mac

“Kalau betul lah negeri Terengganu dipimpin oleh seorang melayu, yang sememangnya mengamalkan ketuanan Melayu, dimanakah pertimbangan kita untuk tolong orang melayu ?

”di akhir-akhir ini , kerajaan semakin gelojoh dalam pengambilan tanah rakyat, ”katanya ketika berucap pada program Dailog Rakyat di Seberang Takir, Sabtu, 12 Mac.

Katanya, hampir di semua tempat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah telah mendapat bantahan dari rakyat.

Ia berlaku, katanya, disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan prosedur dilaksanakan dan pampasan yang diberikan oleh kerajaan ke atas tanah yang dirampas.

Pengambilan tanah dengan ‘serta merta’ itu menurut Salleh, kerana kerajaan mengatakan ia adalah satu projek ‘terdesak’.

”Dalam pemgambilan tanah rakyat, kalau dulu dia bagi notis dengan boring A, sampai kepada boring B, bagaimana nak masuk tanah orang, proses pembayaran dan sebagainya,

”sekarang mereka tidak mengamalkan (prosedur) itu semua, sebab katanya projek terdesak,”jelas Salleh.

Beliau menempelak kerajaan Terengganu kerana selalu mengamalkan sikap, melaksanakan projek ‘terdesak’ yang tiada perancangan rapi.

Menurutnya, disebabkan amalan pembangunan ‘terdesak’ tersebut, telah menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan telah runtuh.

”Keruntuhan berlaku kepada stadium negeri (Sultan Mizan) kerana tidak cermatnya kerajaan negeri yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat,”tegasnya

Beliau menyifatkan pengambilan tanah dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda adalah satu rampasan kerana kerajaan mengambil tanah tanpa membayar pampasan kepada pemiliknya.

Katanya, apabila Pejabat Tanah mengeluarkan ‘borang K’ kepada pemilik tanah, tanpa sebarang bayaran, ia bermakna kerajaan telah merampas ketanah tersebut.

Sedangkan, menurutnya, rakyat dilindungi oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

”Dibawah perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) tidak ada sesiapa yang boleh mengambil tanah hatta (walupun) kerajaan atau orang lain, kecuali di bayar pampas an secukupnya,”tegas Salleh lagi.

Oleh itu, beliau berkata, kezaliman itu tidak patut berlaku kerana menurutnya yang merampas tanah adalah orang Melayu dan yang dirampas adalah tanah orang Melayu.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana projek yang dilaksanakan adalah untuk mendapat wang segera dari pembiayaan ‘Dana Khas’ kerajaan persekutuan.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab tidak hadir ke program Dailog yang diadakan itu.

“Tapi sayang, wakil-wakil rakyat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini, yang sepatutnya hadir pada malam ini,

”(Dato’ Nasir Ibrahim Fikri) sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, (dan pengambilan tanah) berlaku di Kuala Nerus, sepatutnya beliau hadir,”ujarnya

Wednesday, March 9, 2011

Idris Jusoh 'pukul anak sindir menantu'

Oleh Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/hanafiah.jpgTEMERLOH - Hasrat bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang ingin bersara tetapi mel;etakkan syarat dianggap seperti perumpamaan 'pukul anak sindir menantu'.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Idris sebenarnya menyindir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sekaligus mencabarnya supaya turut meletakkan jawatan dan bersara.

"Kenyataan Idris (umpama) pukul anak sindir menantu memberi gambaran (cabaran) kepada Ahmad Said supaya Ahmad (turut) berundur kerana Ahmad Said lebih 'senior' (lama) dari beliau (Idris),"ujarnya ketika ditemui dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau disini, semalam.

Menurutnya, Ahmad Said telah empat kali menyertai pilihanraya lebih awal dari Idris sejak menentang Shaberry Chik dalam pilihanraya kecil DUN Kijal.

Oleh itu, beliau merumuskan, kenyataan Idris merupakan isyarat supaya berundur tersebut ditujukan kepad Dato' Ahmad Said yang sepatutnya digantikan dengan muka-muka baru.

Dalam pada itu, ketika mengulas syarat yang diletakkan Idris bahawa muka-muka baru itu hendaklah besih adalah mustahil kerana menurutnya semua pemimpin Umno terlibat dengan rasuahdari gejala rasuah beliau berkata amat sukar untuk mencari pemimpin Umno yang tidak terlibat dengan rasuah