Thursday, April 28, 2011

Sokong tanpa ‘was-was’

Oleh Awang Harun

Salam For All Melayu+Islam:

Jika kita sebagai seorang Islam yang mengaku Islam dan mengaku beriman kepada Allah SWT. Maka, tidak ada sebab kenapa kita hendak rasa tidak yakin, tidak percaya serta was-was.

Jika orang Islam was-was dengan pegangan Islamnya, macam mana orang bukan Islam hendak rasa yakin dan tidak was-was terhadap Islam. Kang berbelit namanya, jika orang Islam sendiri tidak yakin dengan pegangan Islamnya itu.

Sehubungan itu, Awang terdengar satu ucapan yang dibuat oleh Presiden sebuah parti Islam iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam suatu majlis, baru-baru ini.

PAS mengajak ahli dan seluruh rakyat menyokong perjuangan partinya dengan penuh keyakinan tanpa rasa was-was.

Presiden parti itu berkata tidak ada sebab jika terdapat di kalangan ahli parti yang tidak yakin dengan PAS.

Ini kerana, katanya PAS pernah menang dan memerintah di Terengganu tahun 1999 hingga 2004 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 yang lalu.

“Marilah kita bekerja dengan PAS secara yakin, dengan tidak ada was-was sedikit pun khususnya bagi kita di Terengganu ini. Kita di Terengganu tidak ada sebab kita tidak yakin dengan PAS. Ini kerana, kita pernah menang tahun 1999 hingga 2004 dan kita telah meletakkan asas untuk mengisi kemenangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring, dekat sini pada 7 April lalu.

Menurutnya, PAS mengambil pendekatan jalan demokrasi dengan menyertai pilihan raya bagi mengajak rakyat menentukan sesebuah kerajaan.

Justeru itu, katanya menjadi kewajipan kepada PAS bagi mengajak rakyat menyokong perjuangan parti ini dalam pilihan raya.

“Pilihan raya adalah demokrasi dan rakyat diberi hak untuk menentukan kerajaan pilihannya. Maka, kita (PAS) berkewajipan mengajak rakyat untuk menyokong kita dalam pilihan raya supaya pilih kita jadi kerajaan.

“Kerajaan yang memerintah dengan Islam. Pendekatan kita (PAS) mengajak orang bersama menyokong perjuangan kita. Pilihan raya ini, kita kena ajak ‘orang atas pagar’ menyokong bersama dengan kita. Inilah kelebihan kita menyertai pilihan raya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan pendekatan mengajak rakyat turun ke jalan raya juga mengikut saluran demokrasi.

Namun begitu, katanya agak sukar berlaku di negara ini kerana pemikiran rakyat masih tertutup dan hidup tidak tertekan.

Menurutnya, pendekatan menyertai pilihan raya merupakan jalan demokrasi terbaik hari ini bagi rakyat mengubah kerajaan.

“Pilihan raya dan turun ke jalan raya, kedua-duanya jalan demokrasi. Tapi, hendak turun ke jalan raya dan rakyat bangkit kena ada dua perkara yang berlaku.

“Pertama, fikiran dia (rakyat) terbuka. Kedua, hidup dia tertindas sehingga ada orang tidur di kaki lima di Mesir, di Jakarta, tidak ada makanan dan surat khabar dia (media) bebas melaporkan semua kebaikan dan kejahatan kerajaan.

“Kita (Malaysia) pula surat khabar (media), tv ‘tutup’ dan hidup pula tidak tertekan dan fikiran rakyat ‘tertutup’. Ini yang dihadapi oleh kita (PAS).

Oleh kerana itu, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan jalan pilihan raya menjadi pilihan masa kini kepada semua gerakan Islam di seluruh dunia.

Katanya, sama ada dipanggil parti Islam atau jamaah Islam mendekatan demokrasi secara aman ini boleh diterima oleh para ulama’ Islam.

“Kita berada dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Iaitu kumpulan Islam yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin di kalangan ulama’ dan cerdik-pandai Islam untuk menyambung perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang berakhir dengan Nabi Muhamad SAW.

“Di zaman tidak ada Nabi dan Rasul penggantinya ialah kumpulan Islam, sama ada yang dinamakan parti Islam disetengah negeri atau jamaah Islam disetengah negeri yang lain. Parti Islam ini mestilah memenuhi sifat-sifat parti yang memperjuangkan Islam yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran.

Ini bermakna, kata Ustaz Abdul Hadi, PAS mesti menyertai pilihan raya dan memujuk pengundi-pengundi agar dapat menyokong perjuangan Islam.

Menurutnya, meski pun menghadapi susah-payah sama ada PAS boleh menang atau dapat menghantar wakil yang boleh bercakap dihadapan pemerintah yang zalim.

Sempena majlis tersebut Presiden PAS turut menyampaikan sijil keahlian PAS kepada setiap wakil-wakil Dun serta menyerahkan bendera parti sebagai tanda simbolik permulaan gerak kerja parti hingga menjelang PRU ke-13, tidak lama lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut penasihat PAS Dun Tepoh, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Jadi, apakah masih ada orang yang mengaku Islam itu boleh tidak yakin lagi dan was-was dengan Islam dan hukum-hukumnya?

NOTA: “ TEPUK DADA…TANYALAH IMAN DI DADA…”-kam

Wednesday, April 27, 2011

PAS Mampu Ganti Umno di Terengganu - Radzi 'Melissa'

Oleh Skuad BO

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mlmkesenianbt6%20029.jpgKUALA TERENGGANU - "Ketika itu satu konsert di Johor, saya nak solat sebelum konsert bermula, saya dapati pentas konsert tersebut betul-betul mengadap kiblat, walaupun tak sedap hati saya bersolat,

"kemudian sedang saya menyanyi, saya melihat ramai peminat saya dibawah itu, tiba-tiba kelihatan seolah-olah mereka menerima azab Allah," ujar Radzi 'Melissa' atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, bekas vokalis kumpulan 'rock' tahun 90an, Melissa, menceritakan, saat beliau membuat 'pusingan U' dalam hidupnya dan kembali ke jalan Islam serta memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Justeru setelah mengadakan jelajah konsert dakwah tiga hari di Dungun, Kemaman dan yang terakhir di Padang Bola Batu Enam Kuala Nerus, Buletinonline mengambil peluang mengadakan temubual dengan beliau.

Ikuti temubual eksklusif bersama Radzi seperti catatn di bawah:

__________________________________________________________________

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mlmkesenianbt6%20045.jpgBO: Apa pengamatan Radzi setelah jelajah Terengganu dari Dungun, hingga ke Kemaman kemudian ke Kuala Nerus?

Radzi: Sambutan saya tengok amat menggalakkan, rmai remaja yang sedang menuju ke arah Islam, sepatutnya mereka ikut dari dulu lagi. Saya rasa ianya satu sumbangan yang besar untuk saya yang dulu banyak memberi sumbangan ke arah yang negatif, tapi sekarang ni saya memang berniat untuk menjadikan disebalik bakat yang ada pada saya ini untuk sama-sama mengajak manusia ke jalan yang lurus, yang benar, jalan yang diredhai Allah SWT.

Dan daripada tiga tempat itu, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu saya tengok memang banyak golongan-golongan remaja yang mana saya pernah pergi ke negeri-negeri lain yang unit Amal nya terdiri daripada 30an hingga 40 ke atas, tapi saya tengok Unit Amal disini ramai yang muda-muda.

Jadi ini menunjukkan kebangkitan orang muda yang merupakan kuasa besar untuk menentukan kepimpinan dalam pilihanraya akan datang. Tak salah saya lebih daripada 50% yang merupakan golongan saluran 4, Jadi mereka ini apanila kita dekati InsyaAllah, bila mereka tahu tanggungjawb kuasa yang ada diatngan mereka, disamping memeberi mereka bimbingan tak salah untuk berhibur Tapi buknlah hiburan yang melampau (sebaliknya) hiburan yang lebih mendidik jiwa Walaupun bukan merupakan alternaif utama untuk menyamboaikan mesej dakwah, tazkirah itu cukup penting, tapi sebagai pilihan daripada mendengar benda-benda yang melalaikan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mlmkesenianbt6%20038.jpgBO : Apa nasihat Radzi kepada kawan-kawan artis yang belum kembali kepada Islam

Radzi : Sebenarnya saya taklah mendakwa saya ni dari segi kualiti itu lebih dari mereka, tapi saya rasa dalam hati mereka juga ada keinginan untuk kembali kepada kebenaran Saya menyeru supaya mereka betul-betul membuat perbandingan, buat pilihan, banyakkan sembahyang istikharah, kalau betul-betul, lihatlah kebenaran yang sebenarnya yang sebelum ini mungkin terlindung/

Dan saya menyeru sahabat-sahabat dan rakan-rakan artis yang mungkin ada satu perasaan "alah..... nantilah dulu muda lagi, saya rasa tak payah, Islam tidak pernah melarang kita menceburi bidang seni selagi dibawah garis panduan yang dibenarkan (oleh Islam).
jangan takut!

BO: Apakah peluang PAS untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu

Radzi : Seperti yang beritahu tadim, pengundi remaja (muda) yang mendaftar telah melebihi 50%, sekiranya sambutan begini berterusan, dutempat lain juga, bukan disini sahaja, diseluruh negeri Terengganu, memang benda itu akan menjadi kenyataan, InsyaAllah, dengan izin Allah SWT.

Tuesday, April 26, 2011

DHPP ikrar lawan kezaliman Umno-BN

Oleh Awang Harun

Salam For Islam;

Awang teringat kata-kata seorang ustaz “Umno” yang mengajar di sebuah di daerah Besut suatu ketika dahulu. sekali dua dengar memang sedaplah tetapi rupa-rupanya Umno…Umno…Umno..!!!

Kata ustaz tadi, jika umat Islam yang ada pada hari ini sudah tidak mahu kepada Islam, tidak mempercayai agama Islam dan menolak hukum-hukum Islam. Maka, Allah SWT akan jadikan bangsa dan kaum lain yang akan membantu perjuangan Islam.

Sekali-dua dengar ucapan macam itu…macamlah ustaz PAS, cakap macam penceramah PAS dan hujah-hujah macam hujah orang PAS.., tetapi Umno…Umno…Umno..!!

Pada Awang, apa yang diucapkan itu betul dan selari dengan Islam tetapi oleh kerana duduk cari makan dengan Umno. Maka, apa yang diucapkan itu sebenarnya ‘ludah ke langit, kenalah muka sendiri’.

Hakikatnya, Islam itu benar sebab dengan Islam pasti semua makhluk akan selamat. Ustaz Umno tadi tahu tetapi sengaja tidak amalkan apa yang dia tahu. Itu sahaja apa boleh buat….cccccccccccari makangggggggggg!!.

Maka, hendak jadi ke ceritanya. Baru-baru ini, Awang terdengar pula satu ceramah yang disampaikan oleh seorang yang dikenali lagi sah dia itu bukan Islam. Dan namanya pun bukan Islam dari keturunan India.

TETAPI…ucapan dan hujah-hujahnya sangat bertepatan dengan ajaran Islam, ajaran agama Awang sendiri dan sama seperti apa yang diperkatakan oleh ustaz Umno tadi. Malah, barang kali si penceramah Hindu ini lebih baik penghayatan Islamnya daripada ustaz Umno tadi.

Nama si penceramah Hindu tadi ialah Dr. Balachanran yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu. Beliau sering kali berada di pentas PAS untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada ahli-ahli Umno dan penyokong BN.

Katanya, di kalangan orang bukan Islam yang bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah memusuhi orang Melayu dan Islam di negara ini tetapi menentang gejala rasuah serta kezaliman.

Beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam di negara ini bukan musuh kepada orang Melayu dan Islam.

Sebaliknya, kata Dr. Bala musuh sebenar adalah gejala rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kami, orang bukan Islam yang bersama dengan pembangkang PAS dan Pakatan Rakyat bukan musuh kepada orang Melayu Islam di negara ini.

“Tapi musuh kita adalah gejala rasuah dan kezaliman. Kita lawan kezaliman Umno dan kerajaan Barisan Nasional,” tegasnya ketika berceramah di Pentas Pakatan Rakyat di Kampung Maras, Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.

Menurutnya, DHPP akan mempastikan usaha “PAS Ganti Umno” di negeri ini akan menjadi kenyataan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Katanya, perubahan pentadbiran negara wajar dilakukan oleh seluruh rakyat demi masa depan anak cucu akan datang.

“DHPP hendak pastikan ‘PAS Ganti Umno’ di negeri Terengganu akan jadi kenyataan dalam pilihan raya ke-13.

“Kita (rakyat) kena buat perubahan besar dalam pentadbiran negara ini demi masa depan anak cucu kita akan datang,” ujarnya.

Menurut Dr Bala, kerajaan Umno-BN perlu disingkirkan kerana tidak amanah, perasuah serta melakukan banyak kezaliman terhadap rakyat.

Malah, katanya Umno-BN boleh disifatkan sebagai sebuah kerajaan “pengacau” yang memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Dan Sebenarnya…, Allah SWT telah menghantar orang seperti Dr B.Chandran ini untuk ‘mengajar’ umat Islam terutama orang-orang Umno yang tidak mahu melihat kebenaran yang disampaikan oleh pimpinan PAS.

Maka, dihantar kaum lain, bangsa lain yang bukan dari kalangan orang Islam turut membantu perjuangan Islam. Semoga, Allah Ta’ala memberi hidayah kepada hamba-hamba-Nya yang bercakap dan mahukan kebaikan Islam…AMIN.

NOTA: “INGAT BN…INGAT RASUAH !!!”-kam

Wednesday, April 20, 2011

'Parking' bertingkat hanya kutip RM300 sehingga Mac?

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/parkingbertingkat.jpgKUALA TERENGGANU - Tempat kenderaan bertingkat automatik (Rotary Type) di Jalan Batu Baru di sini, yang mula beroperasi pada 3 Februari 2011 lalu, dilaporkan hanya mendapat kutipan tidak lebih RM300 sehingga akhir Mac lalu.

Tempat parking tersebut yang menelan belanja RM9.8 juta, adalah dikatakan cetusan idea Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang kononnya mampu menyelesaikan masalah tempat letak kereta khususnya di Bandar Raya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menegaskan ia adalah satu projek membazir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

"(ia) satu lagi projek membazir Umno, saya tegaskan projek ini bukan untuk kemudahan rakyat tapi untuk kroni (yang dapat kontrak pembinaan projek tersebut),"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang pernah menegur kerajaan negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi, ia adalah satu pembaziran yang nyata apabila kerajaan membelanjakan wang rakyat hampir sepuluh juta bagi membina tempat letak kereta tersebut.

Ahmad Said ketika merasmikannya yakin sistem berkenaan mampu menambah tiga kali ganda ruang tempat letak kenderaan, berbanding sedia ada yang hanya boleh memuatkan 86 buah kenderaan.

Katanya, langkah itu juga mampu membendung masalah vandalisme, kejadian langgar lari serta jenayah pecah kenderaan.

“Saya melihat keperluan sistem tempat letak kenderaan ini amat tinggi di bandar raya ini terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah, kerana kekurangan tempat letak kenderaan begitu ketara dan menjadi punca utama kesesakan jalan.

“Saya berharap orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan mengatasi masalah itu. Kita akan memberi tempoh percubaan selama seminggu secara percuma,” katanya.

Menurut Datuk Bandar, Dato’ Azlan Dagang sistem itu berkonsepkan “Merry Go-Round” idea Menteri Besar menggunakan teknologi Korea.
Katanya,pelanggan akan dibekalkan dengan e-kad untuk menyimpan dan menuntut balik kereta yang disimpan.

Beliau mendakwa. hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan kawasan dan keselamatan kenderaan. Pembinaan parking ini juga mampu mengelakkan kes kecurian kereta kerana tahap keselamatan kenderaan lebih terjamin.

Namun begitu, menurut laporan, walaupun pada musim cuti sekolah di antara 11 hingga 19 Mac baru-baru ni, tempat letak kereta tersebut tidak menjadi pilihan kepada pengguna.

Seorang pengguna, Adnan Awang berkata beliau tidak yakin dengan sistem letak kereta tersebut walaupun kerajaan mengatakan ia adalah selamat dan canggih.

"orang fikir (soal) keselamatan, beli kereta sebutir 40 - 50 ribu (ringgit), rasa tempat parking (bertingkat) tak selamat, parking tu letak bawah besi-besi...kalau runtuh atau rosak???,"katanya ketika ditemui

Menurutnya, tempat letak kereta tersebut juga tidak selesa dan mudah, sebagaimana tempat letak kereta biasa, samada di tepi jalan atau tempat lapang.

"Asalkan tempat letak kereta bertingkat di bangunan Pasar Payang pun orang malas nak naik, apa lagi parking jenis baru macam ni,"katanya membuat perbandingan.

Oleh sebab itu, beliau yakin, tempat letak kereta tersebut akan menjadi satu projek gajah putih kerana ia tidak sesuai bagi pengguna.

Pembinaan tempat letak kereta terbabit dibina begitu cepat, memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010.

Ia didakwa mampu memuatkan lebih 200 buah kereta serta 32 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada suatu masa.

Caj yang dikenakan kepada pengguna adalah RM2.50 dikenakan pada 1 jam pertama dan bagi jam berikutnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.

Tuesday, April 19, 2011

Bapa Francisca Peter mati dalam iman!

Oleh Awang Harun

Salam For Islam:

INNALILLAH’HIWAINNAILAIHIROJIUN….dari Allah kita semua datang dan kepada Allah juga kita dikembalikan.

Beberapa hari lalu, berlaku satu kes kematian mengejut seorang lelaki yang berketurunan India pada zahirnya seperti orang bukan Islam tetapi sebaliknya adalah seorang muslim.

Lelaki tersebut adalah Gabrial Peter yang telah ditukarkan kepada nama Muhammad Gabrial Peter Abdullah dalam lingkungan umurnya 78 tahun.

Identitinya, telah dikenal parti melalui dokumen kad perakuan yang dikeluarkan di negeri Kelantan Darul Naim bagi membuktikan arwah adalah seorang Islam yang juga saudara baru kita.

Allahyarham ditemui mati tertiarap di tepi katilnya di rumah bernombor 82, Taman Sri Dungun. Dan kejadian tersebut hanya disedari oleh rakan kepada anak mangsa, Raja Segaran Ramalingam.

Allahyarham juga sebenarnya adalah bapa kandung kepada penyanyi terkenal di era 80-an iaitu Francisca Peter yang beragama asalnya Kristian yang terkenal dengan lagu “Sekadar di Pinggiran”.

KeIslaman Muhammad Peter juga difahamkan tidak diketahui oleh sebahagian ahli keluarganya. Beliau telah disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu berdasarkan penemuan dokumen kad perakuan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Apa yang Awang hendak puji wakil rakyat PAS ini (bukan nok bodek) adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik, kaum, bangsa dan agama.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sendiri turun ‘padang’ membantu pihak Jabatan Agama Daerah Dungun menguruskan jenazah Muhammad Peter tersebut.

Jenazah allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sura, Dungun. Malah, ianya diimamkan sendiri oleh Adun Sura tersebut.

Ustaz Wan Hassan berkata menjadi satu tanggungjawab fardhu kifayah kepada masyarakat Islam menguruskan jenazah yang meninggal dunia.

Apa lagi, katanya jika jenazah tersebut merupakan saudara baru Islam yang mungkin tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam.

“Kita (PAS) lihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang berada dalam kesulitan seperti kematian dan sebagainya, kita (Islam) perlu bantu dia.

“Apatah lagi, dia (peter) merupakan saudara baru Islam kita yang mungkin tidak ada sanak-saudara Islam yang terdekat,” ujarnya.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Dungun menyangkal tangapan negatif kononnya bantuan menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Peter bermotif politik.

Katanya, urusan menguruskan jenazah tersebut dilakukan bukan atas dasar mencari publisiti demi kepentingan politik tetapi kerana tanggungjawab dalam Islam.

Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 41, yang beragama Kristian memberitahu yang bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, biar pun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.

Hadir sama di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun ketika menziarahi allahyarham Muhammad Gabrial Peter Abdullah adalah ahli keluarga terdekatnya termasuk anak perempuannya, Francisca Peter.

Tetapi, apa yang mendukacitakan tidak ada pula pemimpin Umno-BN yang datang untuk menyembahyangkan jenazah bapa penyanyi yang sangat ‘digila-gilakan’ oleh sebahagian besar pemimpin Umno.

Marilah kita semua doakan semoga allahyarham Muhammad Gabrial Peter Abdullah itu termasuk di kalangan orang yang beriman dan mendapat rahmat Tuhan Azzawajalla…AMIN. (Al-Fatihah….)

NOTA: “HIDAYAH ITU HAK ALLAH SWT”-kam

Umno yang 'rasis'?

Oleh Awang Harun

Salam For All:

DAP Terengganu ‘berang’ dengan tuduhan seorang pemimpin Umno Terengganu terhadap parti DAP yang disifatkan sebagai tuduhan “liar”. Pemimpin Umno tersebut menuduh Parti DAP sebagai serpihan komunis tidak berasas dan “buta” sejarah.

Pengerusinya, Ng Chai Hing mempertahankan DAP sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan ideologi politik.

Katanya, DAP juga sebuah parti politik sah telah lama wujud sejak lebih 45 tahun lalu serta berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Pemimpin Umno yang ‘rasis’ buat tuduhan ‘liar’ yang tidak berasas kononnya DAP ‘komunis’ dan membahayakan negara.

“Kami (DAP) sebuah parti politik yang sah disisi undang-undang telah wujud lebih 45 tahun lalu dan berdaftar dengan ROS (Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

“DAP memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan parti politik. Sejarah telah membuktikan DAP bukan parti ‘ekstrim’ seperti tuduhan pemimpin Umno itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian menjawab tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang mendakwa DAP adalah serpihan Komunis pada Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah Dun Tepoh, di Sekolah Kebangsaan Padang Air, baru-baru ini.

Malah, katanya terdapat di kalangan pemimpin DAP yang terpaksa merengkok dalam penjara kerana membela nasib rakyat di negara ini.

Menurutnya, pemimpin DAP telah menunjukkan komitmen parti bagi membela nasib rakyat meski pun terpaksa dipenjarakan.

“Sejarah telah membuktikan ada di kalangan pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara bukan kerana kesalahan jenayah, rasuah atau mengancam keselamatan negara, tetapi kerana berjuang membela nasib rakyat,” jelasnya.

Chai Hing berkata tuduhan liar itu sengaja dilakukan oleh para pemimpin Umno bagi menakutkan orang Melayu agar tidak bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) telah membuat dua tuduhan bercanggah terhadap DAP yang semata-mata bermotif politik murahan.

Katanya, Umno menuduh DAP sebagai anti Melayu yang mengancam Islam dan MCA pula melabelkan DAP “bersekongkol” dengan PAS untuk melaksanakan Negara Islam.

“Rakyat kena cerdik dan bijak menilai perkara sebenar yang berlaku dalam politik negara kita. Pemimpin Umno tuduh DAP anti Melayu dan Islam. Dalam masa sama, MCA pula label DAP khianat dan bersekongkol dengan PAS untuk laksanakan Negara Islam,” ujarnya.

Menurutnya, dua tuduhan berbeza dari satu parti Barisan Nasional yang menyifatkan DAP sebagai anti Islam dan mahukan Islam sekaligus.

Sebenarnya, kata beliau Umno-BN merupakan pemecah-belah masyarakat dan keharmonian perpaduan kaum di negara ini.

NOTA: “ PAKU DIDULANG…PAKU SERPIH..KATA KAT ORANG…DIA YANG LEBIH ”-kam