Monday, February 21, 2011

Umno agresif serang, ADUN Manir tak bimbang

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/UHT.JPGHULU TERENGGANU – PAS Terengganu menyedari UMNO agak agresif dalam menawan hati rakyat ketika ini, bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib bagaimanapun tidak bimbang dengan perkembangan tersebut kerana yakin dengan kesungguhan jentera Pas untuk merampas negeri ini daripada parti kerajaan.

“Pergerakan UMNO agresif tetapi kita perlu melihat kepada ‘mood’ rakyat dan ‘mood’ rakyat ketika ini memperlihatkan bahawa mereka mahu menukar kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir menyedari kawasan beliau juga turut menjadi serangan UMNO.

Menurutnya, perkara tersebut boleh dilihat melalui poster yang ditampal di kawasan beliau.

Beliau mendakwa rakyat di kawasan itu juga sudah sedar mengenai keprihatinan Pas apabila banyak pembangunan berjalan seperti pembangunan Pasar Manir baru, projek perumahan, selain mendapat beberapa peruntu-kan untuk membangunkan projek tertentu.

“Disebabkan BN kalah, Menteri Besar datang kerap ke sini dan kalau BN menang, kita rasa tiada peluang (pembangunan di Manir),” kataya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak gusar dengan matlamat BN negeri untuk mengambil kawasan yang diterajui PAS dan optimis dengan kemenangan di pihaknya.

Beliau berkata, PAS mempunyai potensi merampas Terengganu berdasarkan kesedaran rakyat terhadap isu tertentu dalam negara.

“Dari segi potensi, insyaAllah kita boleh tawan Terengganu. Kalau BN mahu tawan kawasan Pas, kita pula mahu tawan belaka (semua kawasan),” katanya.

Ditanya berhubung ‘Pas Ganti UMNO’, beliau berkata matlamat tersebut sesuai dengan PAS memandangkan kerusi daripada calon UMNO banyak ditempatkan di Terengganu.

“Kalau ‘BN ganti PAS’ tidak sesuai kerana BN terdiri daripada banyak parti sedangkan PAS hanya satu parti. Kalau di Terengganu, ‘PAS ganti UMNO’ memang sesuai,” katanya.

No comments:

Post a Comment