Monday, February 21, 2011

BN tidak pernah 'gentlemen'

Oleh A Faizol

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/DSC_0367.JPGKUALA TERENGGANU – PAS menganggap parti itu bukan ‘berperang’ dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, awal bulan lalu sebaliknya dengan jentera kerajaan.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada UMNO dan BN menggunakan kakitangan kerajaan menjalankan kempen bagi pihak mereka setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya PAS akan mengalami masalah sama pada pilihan raya kecil DUN Merlimau nanti kerana BN tidak mempunyai strategi lain dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya kecil dan umum.

“Memang jentera kerajaan dipergunakan sepenuhnya oleh BN demi kepentingan diri sendiri dan saya nampak, BN akan terus lakukan perkara sama walaupun pembangkang sudah beberapa kali menyuarakannya.

“BN tidak pernah ‘gentleman’ ketika ‘berlawan’ dengan kita, mesti pakai ‘tongkat’ (jentera kerajaan) sebab mereka sedar keupayaan mereka terhad,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment