Oleh Skuad BO
DUNGUN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang berikrar merampas kerusi DUN Rantau Abang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang sekaligus merealisasi hasrat 'PAS ganti Umno'.
Pengerusinya, Cikgu Alias Harun mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sudi mekancarkan jentera pilihanraya DUN berkenaan pada Jumaat 18 Februari.
"saya ucapkan terima kasih terutamanya kepada Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS dan semua yang hadir, serta kepada semua yang menyumbangkan samada wtenaga atau wang ringgit,"ujarnya ketika verucap selaku tuan rumah dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-13 bagi DUN Rantau Abang.
Menurutnya, semua Unit Peti Undi (UPU) telah dan sedang meningkatkan usaha menarik sokongan para pengundi.
Hasil dari kerja kuat para petugas muslimin, muslimat dan pemuda, katanya, membuahkan hasil dan kini pengundi mula bertukar sokongan.
"Cuma, usaha yang terancang terutamanya aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di UPU Sebarang Pintasan dan Kuala Abang amat perlu bagi meralisasikan hasrat kita semua, PAS Ganti Umno,"tegasnya.
Katanya, program al-Falah akan diteruskan dalam bulan Mac akan datang bagi meyakinkan para pengundi untuk terus menyokong PAS.
MTD Rantau Abang telah menghimpun sejumlah RM50,000 hasil dari sumbangan ahli-ahli parti dan para penderma individu bersempena Majlis Pelancaran tersebut
No comments:
Post a Comment