Tuesday, February 22, 2011

Isu tanah akan jatuhkan BN Terengganu

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/wahid-endut.jpgPAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“Rakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.

“Ke mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.

“Berbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk,” jelasnya.

Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.

“Orang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut.

Rantau Abang ikrar 'rampas' kerusi

Oleh Skuad BO

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/lancarrabang1.jpgDUNGUN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang berikrar merampas kerusi DUN Rantau Abang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang sekaligus merealisasi hasrat 'PAS ganti Umno'.

Pengerusinya, Cikgu Alias Harun mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sudi mekancarkan jentera pilihanraya DUN berkenaan pada Jumaat 18 Februari.

"saya ucapkan terima kasih terutamanya kepada Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS dan semua yang hadir, serta kepada semua yang menyumbangkan samada wtenaga atau wang ringgit,"ujarnya ketika verucap selaku tuan rumah dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-13 bagi DUN Rantau Abang.

Menurutnya, semua Unit Peti Undi (UPU) telah dan sedang meningkatkan usaha menarik sokongan para pengundi.

Hasil dari kerja kuat para petugas muslimin, muslimat dan pemuda, katanya, membuahkan hasil dan kini pengundi mula bertukar sokongan.

"Cuma, usaha yang terancang terutamanya aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di UPU Sebarang Pintasan dan Kuala Abang amat perlu bagi meralisasikan hasrat kita semua, PAS Ganti Umno,"tegasnya.

Katanya, program al-Falah akan diteruskan dalam bulan Mac akan datang bagi meyakinkan para pengundi untuk terus menyokong PAS.

MTD Rantau Abang telah menghimpun sejumlah RM50,000 hasil dari sumbangan ahli-ahli parti dan para penderma individu bersempena Majlis Pelancaran tersebut

Monday, February 21, 2011

BN tidak pernah 'gentlemen'

Oleh A Faizol

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/DSC_0367.JPGKUALA TERENGGANU – PAS menganggap parti itu bukan ‘berperang’ dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, awal bulan lalu sebaliknya dengan jentera kerajaan.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada UMNO dan BN menggunakan kakitangan kerajaan menjalankan kempen bagi pihak mereka setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya PAS akan mengalami masalah sama pada pilihan raya kecil DUN Merlimau nanti kerana BN tidak mempunyai strategi lain dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya kecil dan umum.

“Memang jentera kerajaan dipergunakan sepenuhnya oleh BN demi kepentingan diri sendiri dan saya nampak, BN akan terus lakukan perkara sama walaupun pembangkang sudah beberapa kali menyuarakannya.

“BN tidak pernah ‘gentleman’ ketika ‘berlawan’ dengan kita, mesti pakai ‘tongkat’ (jentera kerajaan) sebab mereka sedar keupayaan mereka terhad,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

Kerajaan PAS Terengganu sediakan 1000 lot tanah untuk generasi kedua

Oleh Wartawan Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/saifulbahrimamat.JPGDUNGUN - Kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 - 2004, telah melaksanakan dasar-dasar yang menjamin keselamatan dan keselesaan hidup rakyat termasuk kepada peneroka Felda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahari Mamat (gambar) berkata, kerajaan Terengganu dibawah pimpinan PAS telah memberikan geran hak milik kepada peneroka Felda Kerteh 1 dan 6, tetapi belum ada satu pun hak milik yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

"Semasa PAS memerintah, kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memabahagikan (menyerah) geran (hak milik) kepada (para peneroka) di Felda Kerteh 1 dan 6,

" tetapi selepas itu (apabila diperintah Umno-BN) tak nampak gambatr lagi (belum lagi) memberikan (sebarang hak milik kepada peneroka) Felda Kerteh 2 & 3,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempena Himpunan Peneroka Felda negeri Terengganu Kali Ke-2 di Felda Kerteh 1, Jumaat 18 Februari.

Selain itu, menurut Ustaz Saiful yang juga wakil rakyat DUN Paka ketika PAS memerintah, kerajaan telah menyiapkan 1,000 lot-lot tanah bagi penempatan peneroka generasi kedua.

Beliau berkata, kerajaan PAS telah menyediakan 1,000 lot tanah, siap ukur dan ditanam batu sempadan, untuk diagih-agihkan kepada generasi kedua, tetapi malangnya, ia telah dibekukan oleh kerajaan Umno-BN sejak mengambil mengambil alih pemerintahan tahun 2004.

Hasil dari program Himpunan yang diadakan, katanya, sudah ada 135 orang bersedia untuk memfailkan saman terhadap Felda kerana gagal memulangkan wang caruman tanam semula sebanyak RM17,000.00.

Turut menyampaikan ceramah adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Aguing PKR, Saifuddin Nasution, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman.

Dengar ceramah Ustaz Saiful di Buletinonline radio klik sini

Umno agresif serang, ADUN Manir tak bimbang

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/UHT.JPGHULU TERENGGANU – PAS Terengganu menyedari UMNO agak agresif dalam menawan hati rakyat ketika ini, bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib bagaimanapun tidak bimbang dengan perkembangan tersebut kerana yakin dengan kesungguhan jentera Pas untuk merampas negeri ini daripada parti kerajaan.

“Pergerakan UMNO agresif tetapi kita perlu melihat kepada ‘mood’ rakyat dan ‘mood’ rakyat ketika ini memperlihatkan bahawa mereka mahu menukar kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir menyedari kawasan beliau juga turut menjadi serangan UMNO.

Menurutnya, perkara tersebut boleh dilihat melalui poster yang ditampal di kawasan beliau.

Beliau mendakwa rakyat di kawasan itu juga sudah sedar mengenai keprihatinan Pas apabila banyak pembangunan berjalan seperti pembangunan Pasar Manir baru, projek perumahan, selain mendapat beberapa peruntu-kan untuk membangunkan projek tertentu.

“Disebabkan BN kalah, Menteri Besar datang kerap ke sini dan kalau BN menang, kita rasa tiada peluang (pembangunan di Manir),” kataya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak gusar dengan matlamat BN negeri untuk mengambil kawasan yang diterajui PAS dan optimis dengan kemenangan di pihaknya.

Beliau berkata, PAS mempunyai potensi merampas Terengganu berdasarkan kesedaran rakyat terhadap isu tertentu dalam negara.

“Dari segi potensi, insyaAllah kita boleh tawan Terengganu. Kalau BN mahu tawan kawasan Pas, kita pula mahu tawan belaka (semua kawasan),” katanya.

Ditanya berhubung ‘Pas Ganti UMNO’, beliau berkata matlamat tersebut sesuai dengan PAS memandangkan kerusi daripada calon UMNO banyak ditempatkan di Terengganu.

“Kalau ‘BN ganti PAS’ tidak sesuai kerana BN terdiri daripada banyak parti sedangkan PAS hanya satu parti. Kalau di Terengganu, ‘PAS ganti UMNO’ memang sesuai,” katanya.

Thursday, February 17, 2011

Lebih ramai akan bersama Himpunan PGU Kali Kedua

Oleh SM Noor

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/wahidtunjukdapgantipas.jpgKUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu menjangka lebih ramai akan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (Himpunan PGU) kali kedua di bandar Jerteh, Besut pada 19 Mac depan, setelah berjaya buat kali pertamanya diadakan di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan PGU kedua yang akan di adakan pada hari Sabtu 19 Mac, bermula sejak Jumaat dengan pelbagai aktiviti pemuda, muslimat dan ulamak.

(Gambar - Program Himpunan PGU telah menggugat Umno-BN Terengganu, Wahid menunjukkan risalah fitnah 'DAP ganti PAS' yang disebarkan Umno-BN merata tempat)

Oleh itu, PAS mengajak seluruh lapisan rakyat Terengganu menunjukkan sikap menolak Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang,

Kata Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Umno-BN mesti ditolak kerana parti tersebut bukan sahaja telah mengkhianati rakyat Terengganu, bahkan turut mengkhianati kerajaan dan menderhaka kepada al-Sultan Terengganu.

"Kita mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (PAS Ganti Umno) untuk mengajak semua lapisan rakyat Terengganu untuk menolak Umno kerana Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu, mengkhianati kerajaan negeri Terengganu dan menderhaka kepada raja, sultan (negeri) Terengganu,"ujar Wahid dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS, Rabu 16 Februari.

Menurutnya, tindak tanduk Umno dalam isu royalti minyak yang menggunakan wang tersebut kononnya untuk membina pelbagai infrastruktur telah menyebabkan pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah.

Selain Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, kata Wahid, Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan Razak akan menjadi tetamu khas pada Himpunan PGU kali kedua ini.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Cikgu Normala Sudirman

DUN Sura Bergegas untuk sama berkongsi 'kedukaan rakyat'

Oleh Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.

(Gambar kanan - Ustaz Wan Hassan mebdapat penerangan daripada Haji Zakaria)

Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.

Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)

Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadia adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang di ketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.

Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPGBuletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.

Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.

Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.

"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG
"Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura. (Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)