Wednesday, March 16, 2011

Umno Terengganu 'Dok Rok', Lemah

Oleh Buletinonline

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ariffindraman.jpgKUALA TERENGGANU - Pas menganggap UMNO Terengganu tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila terpaksa ‘membawa’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau percaya jentera UMNO negeri ini sudah tidak berupaya untuk menembusi kubu kuat Pas lalu mengambil keputusan meminta bantuan Najib yang juga Presiden UMNO.

“Biasa Perdana Menteri tidak datang, pilihan raya kecil sekalipun hanya Timbalan Perdana Menteri yang turun padang dan ini memberi gambaran jentera UMNO tidak berupaya hingga terpaksa minta bantuan Pusat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun kata Ariffin, Pas Terengganu tidak pernah gentar atau bimbang dengan kehadiran Najib ke kawasan mereka kerana percaya pengundi di DUN itu tidak akan berubah menyokong UMNO dan BN yang banyak melakukan penyeleweng.

Malah menurut beliau, keyakinan itu juga diluahkan kerana DUN dimenangi Pas terutama Manir, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Rhu Rendang mempunyai kekuatan sendiri yang tidak mudah ditembusi UMNO dan BN.

“Kita tidak bimbang dan takut dengan Perdana Menteri, datanglah kita tidak menghalang kerana selain mempunyai kekuatan sendiri di DUN itu, kita juga percaya rakyat tidak akan berubah kepada BN yang banyak menindas mereka.

“Apa pun, kita percaya perkembangan ini memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir dan kita ada strategi sendiri untuk mempertahankan kerusi kita selain sasaran kerusi milik BN,” katanya.

Najib sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu jentera UMNO Terengganu menggempur kawasan DUN Manir dan Bukit Tunggal pada 30 April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dua kawasan yang diwakili pembangkang itu dipilih untuk digempur dalam usaha UMNO menakluk kembali dua DUN itu yang jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum lalu.

Selain dua kawasan itu katanya, DUN lain yang dimenangi Pas iaitu Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Sura juga akan turut digempur menjelang PRU-13 yang diramalkan semakin dekat.

Monday, March 14, 2011

Menjelang Himpunan PGU2; PAS edar pelekat motosikal dan kereta

Oleh SM Noor

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/edarsticker1.jpgKUALA TERENGGANU - Sembilan hari menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU) Kali kedua akan diadakan, PAS Terengganu mengedarkan pelekat motosikal dan kereta berlogokan PGU secara percuma.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), ia akan diedarkan di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Besut, di mana PGU 2 akan diadakan, Parlimen Kuala Nerus dan Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, edaran pelekat tersebut adalah bertujuan menyemarakkan lagi PGU kali ke 2 yang telah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemamn, pada Januari lalu.

"Ini pelekat kereta dan motor yang kita akan (mula) edarkan esok (Jumaat 11 Mac) (sebagai) usaha gempur kita bagi menyemarakkan, memberi awasan dan pemakluman kepada suluruh rakyat Terengganu tentang program (PGU2),"katanya ketika ditemui selepas mesyuarat politik d Pejabat Perhubungan PAS Khamis 10 Mac.

Kerajaan Umno semakin ‘gelojoh’ ambil tanah orang Melayu

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/sallehembong.jpg- rampas tanah rakyat tanpa membayar pampasan
KUALA NERUS
– Isu tanah telah menjadi isu rakyat kerana kerajaan Umno yang memerintah Terengganu hari ini, semakin gelojoh mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu.

Persoalan yang timbul ekoran tindakan itu adalah, apakah pertimbangan kerajaan terhadap pengambilan tanah orang-orang Melayu sekiranya kerajaan Umno Terengganu adalah sebuah kerajaan orang-orang Melayu?

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemngambilan Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata demikian dalam program Dailog Rakyat di Seberang Takir, dekat sini, Sabtu, 12 Mac

“Kalau betul lah negeri Terengganu dipimpin oleh seorang melayu, yang sememangnya mengamalkan ketuanan Melayu, dimanakah pertimbangan kita untuk tolong orang melayu ?

”di akhir-akhir ini , kerajaan semakin gelojoh dalam pengambilan tanah rakyat, ”katanya ketika berucap pada program Dailog Rakyat di Seberang Takir, Sabtu, 12 Mac.

Katanya, hampir di semua tempat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah telah mendapat bantahan dari rakyat.

Ia berlaku, katanya, disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan prosedur dilaksanakan dan pampasan yang diberikan oleh kerajaan ke atas tanah yang dirampas.

Pengambilan tanah dengan ‘serta merta’ itu menurut Salleh, kerana kerajaan mengatakan ia adalah satu projek ‘terdesak’.

”Dalam pemgambilan tanah rakyat, kalau dulu dia bagi notis dengan boring A, sampai kepada boring B, bagaimana nak masuk tanah orang, proses pembayaran dan sebagainya,

”sekarang mereka tidak mengamalkan (prosedur) itu semua, sebab katanya projek terdesak,”jelas Salleh.

Beliau menempelak kerajaan Terengganu kerana selalu mengamalkan sikap, melaksanakan projek ‘terdesak’ yang tiada perancangan rapi.

Menurutnya, disebabkan amalan pembangunan ‘terdesak’ tersebut, telah menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan telah runtuh.

”Keruntuhan berlaku kepada stadium negeri (Sultan Mizan) kerana tidak cermatnya kerajaan negeri yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat,”tegasnya

Beliau menyifatkan pengambilan tanah dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda adalah satu rampasan kerana kerajaan mengambil tanah tanpa membayar pampasan kepada pemiliknya.

Katanya, apabila Pejabat Tanah mengeluarkan ‘borang K’ kepada pemilik tanah, tanpa sebarang bayaran, ia bermakna kerajaan telah merampas ketanah tersebut.

Sedangkan, menurutnya, rakyat dilindungi oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

”Dibawah perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) tidak ada sesiapa yang boleh mengambil tanah hatta (walupun) kerajaan atau orang lain, kecuali di bayar pampas an secukupnya,”tegas Salleh lagi.

Oleh itu, beliau berkata, kezaliman itu tidak patut berlaku kerana menurutnya yang merampas tanah adalah orang Melayu dan yang dirampas adalah tanah orang Melayu.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana projek yang dilaksanakan adalah untuk mendapat wang segera dari pembiayaan ‘Dana Khas’ kerajaan persekutuan.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab tidak hadir ke program Dailog yang diadakan itu.

“Tapi sayang, wakil-wakil rakyat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini, yang sepatutnya hadir pada malam ini,

”(Dato’ Nasir Ibrahim Fikri) sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, (dan pengambilan tanah) berlaku di Kuala Nerus, sepatutnya beliau hadir,”ujarnya

Wednesday, March 9, 2011

Idris Jusoh 'pukul anak sindir menantu'

Oleh Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/hanafiah.jpgTEMERLOH - Hasrat bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang ingin bersara tetapi mel;etakkan syarat dianggap seperti perumpamaan 'pukul anak sindir menantu'.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Idris sebenarnya menyindir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sekaligus mencabarnya supaya turut meletakkan jawatan dan bersara.

"Kenyataan Idris (umpama) pukul anak sindir menantu memberi gambaran (cabaran) kepada Ahmad Said supaya Ahmad (turut) berundur kerana Ahmad Said lebih 'senior' (lama) dari beliau (Idris),"ujarnya ketika ditemui dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau disini, semalam.

Menurutnya, Ahmad Said telah empat kali menyertai pilihanraya lebih awal dari Idris sejak menentang Shaberry Chik dalam pilihanraya kecil DUN Kijal.

Oleh itu, beliau merumuskan, kenyataan Idris merupakan isyarat supaya berundur tersebut ditujukan kepad Dato' Ahmad Said yang sepatutnya digantikan dengan muka-muka baru.

Dalam pada itu, ketika mengulas syarat yang diletakkan Idris bahawa muka-muka baru itu hendaklah besih adalah mustahil kerana menurutnya semua pemimpin Umno terlibat dengan rasuahdari gejala rasuah beliau berkata amat sukar untuk mencari pemimpin Umno yang tidak terlibat dengan rasuah

Tuesday, February 22, 2011

Isu tanah akan jatuhkan BN Terengganu

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/wahid-endut.jpgPAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“Rakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.

“Ke mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.

“Berbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk,” jelasnya.

Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.

“Orang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut.

Rantau Abang ikrar 'rampas' kerusi

Oleh Skuad BO

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/lancarrabang1.jpgDUNGUN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang berikrar merampas kerusi DUN Rantau Abang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang sekaligus merealisasi hasrat 'PAS ganti Umno'.

Pengerusinya, Cikgu Alias Harun mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sudi mekancarkan jentera pilihanraya DUN berkenaan pada Jumaat 18 Februari.

"saya ucapkan terima kasih terutamanya kepada Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS dan semua yang hadir, serta kepada semua yang menyumbangkan samada wtenaga atau wang ringgit,"ujarnya ketika verucap selaku tuan rumah dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-13 bagi DUN Rantau Abang.

Menurutnya, semua Unit Peti Undi (UPU) telah dan sedang meningkatkan usaha menarik sokongan para pengundi.

Hasil dari kerja kuat para petugas muslimin, muslimat dan pemuda, katanya, membuahkan hasil dan kini pengundi mula bertukar sokongan.

"Cuma, usaha yang terancang terutamanya aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di UPU Sebarang Pintasan dan Kuala Abang amat perlu bagi meralisasikan hasrat kita semua, PAS Ganti Umno,"tegasnya.

Katanya, program al-Falah akan diteruskan dalam bulan Mac akan datang bagi meyakinkan para pengundi untuk terus menyokong PAS.

MTD Rantau Abang telah menghimpun sejumlah RM50,000 hasil dari sumbangan ahli-ahli parti dan para penderma individu bersempena Majlis Pelancaran tersebut

Monday, February 21, 2011

BN tidak pernah 'gentlemen'

Oleh A Faizol

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/DSC_0367.JPGKUALA TERENGGANU – PAS menganggap parti itu bukan ‘berperang’ dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, awal bulan lalu sebaliknya dengan jentera kerajaan.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada UMNO dan BN menggunakan kakitangan kerajaan menjalankan kempen bagi pihak mereka setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya PAS akan mengalami masalah sama pada pilihan raya kecil DUN Merlimau nanti kerana BN tidak mempunyai strategi lain dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya kecil dan umum.

“Memang jentera kerajaan dipergunakan sepenuhnya oleh BN demi kepentingan diri sendiri dan saya nampak, BN akan terus lakukan perkara sama walaupun pembangkang sudah beberapa kali menyuarakannya.

“BN tidak pernah ‘gentleman’ ketika ‘berlawan’ dengan kita, mesti pakai ‘tongkat’ (jentera kerajaan) sebab mereka sedar keupayaan mereka terhad,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.