Thursday, January 27, 2011

Menggerunkan Tapi Tidak Mengejutkan

Oleh Dr Azman Ibrahim

Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Angka yang dilaporkan adalah yang didaftarkan, berapa pula yang tak didaftarkan atau yang dibuang begitu sahaja?
Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculanproduk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagaimusim mengawanpasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sahpada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilahberpesta seks tanpa nikah’? Kenapa tidak digunakan saja istilahberzinakalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.
Mungkinkah ini antara produk sambutan malam tahun baru
Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagaksemakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakanini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Malunya aku dengan perangai manusia Umno
Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

Kawal internet: Balas dendam kepada rakyat

Petikan HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS berpendapat cadangan pindaan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kepada internet sebagai cubaan membalas dendam kerajaan Umno BN kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu dibuat ekoran rakyat telah menolak media konvensional berat sebelah Umno yang telah membawa kepada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

"Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata," katanya.

Menurutnya, laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 melaporkan penurunan pengeluaran akhbar The Star daripada 310,000 kepada 287,000, New Straits Times daripada 139,000 kepada 111,000, Utusan Malaysia daripada 213,000 kepada 169,000 dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000.

"Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur," tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.

Ujar Idris lagi, PAS berpendapat tindakan tersebut adalah untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja.

Tindakan itu katanya suatu tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan.

"Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

"Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut 'kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air'," katanya.

Wednesday, January 26, 2011

Rekod Terengganu terus tercalar

Oleh Apa Khabar Ganu Kita

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/dadah4jan2011.jpg- Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan
Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)

Ketuanya, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, jumlah itu meningkat seramai 68 orang, iaitu sebanyak 24 peratus pada 2009, yang hanya berjumlah 289 orang.

Menurutnya, pengedar yang tidak dapat dituduh, di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK) 1985 berjumlah 88 orang berbanding 81 orang pada 2009, meningkat sebanyak sembilan peratus.

“Jumlah pengguna dadah bagi tahun 2010 pula adalah seramai 11,094 orang, berbanding 9,190 orang pada 2009. Ia menunjukkan peningkatan seramai 1,904 orang atau bersamaan 21 peratus.

“Jumlah keseluruhan bagi pengedar dan pengguna dadah dan mereka yang di bawah LLPK adalah 11,539 orang, berbanding 9,560 pada 2009, iaitu peningkatan seramai 1,979 orang atau 21 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya.

Menurut beliau, jumlah individu yang dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori sekiranya didapati bersalah juga meningkat, iaitu seramai 81 orang pada 2010.

Katanya, semua pesalah telahpun dituduh di mahkamah. Berbanding pada 2009, jumlahnya hanya 47 orang iaitu meningkat 34 orang atau bersamaan 72 peratus.

Menurutnya, peningkatan jumlah pengedar dan pengguna dadah sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan dan beliau mengharapkan satu langkah terbaik dilaksanakan bagi mengekang masalah ini, termasuk memulihkan penagih sedia ada daripada kembali menagih.

Katanya, jumlah keanggotaan kira-kira 200 orang di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu kini sebenarnya terlalu kecil bagi mengekang masalah dadah secara keseluruhannya.

“Pihak polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam membanteras aktviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini yang banyak merosakkan generasi belia dalam masyarakat hari ini,” katanya.

Sementara itu, dalam bulan Januari, sehingga kini, sekurang-kurangnya 5 berita berkaitan dadah yang dipaparkan dalam media perdana sebagaimana dibawah.

Baca seterusnya dari sumber>>>

Habis Elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9764.JPG- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,



Tuesday, January 25, 2011

11,500 Pemuda bakal gegarkan HIMPIT di Kuala Nerus

Oleh Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit10k2009.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) optimis seramai 11500 orang ahlinya dari seluruh negeri akan memeriahkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT), Februari depan.

Setiausahanya, Wan Ahmad Faizul Wan Abas berkata, program tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dengan anggaran kehadiran dijangka melebihi tahun sebelumnya.

“sebelum ini, kira-kira 10 000 orang yang menghadiri HIMPIT yang diadakan kali terakhir pada tahun 2009.”

“Tahun ini kehadiran dijangka bertambah 1 500 orang”

(Gambar - Himpit 2009 yang mengumpulkan 10,000 pemuda PAS Terengganu)

“pemimpin tertinggi pemuda pas pusat akan hadir, begitu juga dengan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepadsa Sinar Harian

Beliau berkata, program yang akan berlangsung di Batu Enam, Kuala Nerus pada 11 Februari itu juga menjadi usaha untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi memeriahkan Himpunan 30 000 (H30K) yang akan diadakan di Kedah pada 19 Februari depan

Sunday, January 23, 2011

Siapa jadi pemimpin bukan isu

Petikan Sinar Harian

SURA - Islam meletakkan hak yang sama rata kepada semua penganutnya tidak mengira jantina, latar belakang bangsa keturunan atau warna kulit.

Yang DiPertua Pas kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, persoalan siapa yang perlu diangkat menjadi pemimpin bukan isunya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan ialah soal kelayakan yang perlu dilihat dari perspektif Islam.

Menurutnya, Islam menuntut wanita juga perlu diangkat menjadi pemimpin untuk mengetengahkan beberapa isu berkaitan golongan diwakili.

Katanya, sejarah membuktikan, beberapa wanita yang diangkat menjadi pemimpin untuk mewakili rakyat terutama di negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keunggulannya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berkesan.

“Dalam hal ini, kita melihat keperluan Islam yang anjal kerana bagi sesetengah perkara, wanita memenuhi kriteria dan layak serta boleh diletakkan di barisan hadapan bersama lelaki sebagai pemimpin.

“Lagipun ia sebagai salah satu pendekatan untuk kita mengiktiraf sumbangan wanita selain dapat memartabatkan golongan itu seperti dilakukan junjungan besar nabi kita Muhammad SAW pada zaman pemerintahan baginda,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas isu pencalonan Normala Sudirman, bekas guru sebagai calon Pas menentang Mohd Azahar Ibrahim, bekas pentadbir tanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Umno Terengganu masih 'kelam kabut'

Oleh Apa Khabar Ganu Kita

Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri

Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.

Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.



Oleh itu, kebenarannya terserlah apabila Ahmad Said meluluskan RM3 juta kepada setiap DUN bagi kempen 'memancing undi'.

Katanya, kumpulan Ahmad Said kini akan mula menghakis dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menentangnya.


Wakil Rakyat menentang akan digugurkan

Kenyataan pemimpin Umno itu terbukti apabila Setiausaha Perhubungan Dato' Tengku Putera Tengku Awang 'kelam kabut' membuat kenyataan akan menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang menentang

Tengku Putera pada 13 Januari lalu berkata semua wakil rakyat dan individu penting yang diberi amanah bagi menjalankan tanggungjawab membela nasib masyarakat perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak boleh berpaling tadah.

Katanya, setiap wakil rakyat memiliki kepentingan tersendiri namun mereka perlu mendahulukan perkara utama bagi memartabatkan rakyat.

Walaupun beliau menafikan kata-katanya bermaksud mengugut wakil rakyat, namun itulah hakikat sebenarnya.

“Saya percaya kepentingan mereka lebih utama, tetapi dalam hal ini saya ada terdengar dan hal ini telah diulang oleh Menteri Besar sendiri berkaitan sesetengah wakil rakyat yang mengkhianati tidak boleh bertanding,” katanya pada majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu.

Dengan kenyataan itu membukti menjelang pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir, Umno masih dalam 'krisis' dan kelam kabut.

“Baki masa yang ada sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ini perlu ditumpukan sepenuhnya wakil rakyat dan individu dipertanggungjawab,” kata Tengku Putera menggambarkan kebimbangannya.

Percakaran dikalangan pemimpin Umno Terengganu masih wujud dan disahkan oleh Ahma Said sendiri.


Ahmad Said minta pemimpin Umno mencontohi PAS

Pada 14 Januari, beliau dalam menghadapi 'kelam kabut' dikalangan pemimpin Umno Terengganu mengitiraf kepimpinan PAS dan menasihatkan pemimpin UMNO mencontohi pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian kerana 'kelam kabut' yang masih wujud ekoran pergeseran dikalangan pemimpin UMNO.

Pertelingkahan antara pemimpin itu menyebabkan mereka 'kelam kabut' dan diantara mereka bertindak 'memburukkan sesama sendiri'

Beliau berkata, pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Beliau berkata, sikap bersatu hati semua pemimpin serta pejuang UMNO boleh memastikan kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Said sebenarnya bimbang dan 'kelam kabut' kerana dalam pada UMNO Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa, permasalahan Umno masih tidak selesai.

“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.

“Jangan disebabkan tidak berpuas harti dengan UMNO, ada antara penjuang UMNO yang sanggup menjatuhkan UMNO. Sebaliknya sebagai pejuang sebenar, kita perlu sanggup mengorbankan jiwa raga demi memperkasakan parti bak kata orang ‘adat berparti, parti dipertahankan’,” katanya sebagaiman dipetik Sinar Harian

Dalam perkembangan yang lain, Umno Terengganu mengatur langkah bertemu dengan veteran Umno kerana takut kehilangan sokongan kelompok berkenaan.

Pertemuan tersebut dilaksanakan, mungkin kerana pelbagai usaha Umno untuk mengikat 'orang muda' menjadi kelam kabut dan disifatkan tidak berjaya.

Kali terakhir, Himpunan Remaja yang dicanangkan mengumpulkan 30, 000 orang muda tidak kesampaian.

Walaupun Presiden Umno, Najib juga berkata demikian, namun tidak ada satu media pro-kerajaan yang menyiarkan gambar himpunan tersebut.

Rupa-rupanya, walaupun Perdana Menteri sendiri yang turun, namun tempat duduk yang disediakan dalam Stadium tertutup Gong Badak, tidak penuh. (Gambar atas; rakaman pada hari Himpunan Remaja)

Harapan Umno, sekiranya orang muda tidak dapat 'diikat', sekurang-kurangnya veteran Umno dapat memberi contoh kepada orang muda tersebut.

Namun lain pula jadinya, veteran sebaliknya 'kelam kabut' meminta 'itu dan ini' daripada Ahmad Said

Veteran minta elaun dan pakar IT

Majlis Veteran UMNO Bahagian Kemaman memohon Badan Perhubungan UMNO Terengganu menimbang cadangan agar ahli veteran UMNO di negeri ini diberi imbuhan bulanan berbentuk elaun sekurang-kurangnya RM200 sebulan.

Pemangku Timbalan Pengerusinya, Ahmad Mahmood berkata, pemberian elaun bulanan itu sebagai menghargai jasa pejuang UMNO terdahulu yang kini sedang meniti usia senja.n Umn

Katanya, pembe-rian elaun itu wajar diberikan kepada ahli veteran UMNO yang layak seperti yang mengalami keuzuran bagi meringankan beban.

“Pemberian elaun ini pada permulaan mungkin boleh diberikan kepada veteran UMNO yang berusia 70 tahun ke atas kerana kita rasakan sangat wajar veteran UMNO ini turut dibantu dan dihargai sebagaimana kerajaan memberikan elaun bulanan kepada nelayan.

“Kita harap cadangan ini dapat diluluskan tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO negeri bila mahu memulakan pemberian bantuan elaun bulanan ini,” katanya sempena Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan pada Majlis Perbandaran Kemaman pada 14 Januari lalu

Manakala pertemuan di kawasan Kuala Nerus semalam, Veteran Umno minta pakar IT, kononya untuk mengurus aktiviti.

Pengerusi Persatuan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus, Syed Muhammad Syed Idrus, serupa sahaja dengan ahli-ahli Umno yang lain, yang tidak tahu sempadan, antara parti dan kerajaan.

Sebab itu, Syed Muhammad meminta Kerajaan Negeri menempatkan seorang pegawai yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk membantu pihaknya menyusun aktiviti dengan lebih teratur.

Perjumpaan Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus itu juga telah membawa politik ke dalam kampus apabila diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Ahmad Said yang juga 'kelam kabut' tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti, mengumumkan akan menempatkan pakar IT khusus untuk Persatuan Veteran UMNO yang buta IT mempelajari bidang IT.