Tuesday, February 8, 2011

Umno sebar risalah perang saraf 'DAP ganti PAS'

Oleh Skuad BO

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/dapgantipas.jpg- kerana bimbang kebangkitan rakyat bersama PGU
KUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu menyebarkan risalah propaganda dimerata tempat sehingga menyusahkan orang ramai khususnya para peniaga di bandaraya ini.

Dua minggu lalu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sedang memuncak, Umno-BN Terengganu telah menyebarkan risalah tidak bertulisan tetapi meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersebelahan dengan gambar Penasihat DAP, Yang Berhormat Lim Kit Siang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, tindakan menampal 'gambar' tersebut di dinding dan pintu rumah serta kedai sekitar Kampung Cina disini, telah menimbulkan kemarahan para peniaga.ka DAP dan PAS yang

"Mereka (peniaga) menelefon saya, marah-marah kerana sangkaan mereka DAP dan PAS yang menyebarkan gambar itu, saya jawab tidak, bukan DAP dan bukan juga PAS yang melakukan kerja tersebut,"katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan, Umno-BN Terengganu dikesan sekali lagi menyebarkan risalah 'adu domba' yang bertulis 'DAP ganti PAS'.

Katanya, Umno-BN bertindak menyebarkan risalah-risalah tersebut kerana tertekan akibat kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang telah mendapat sambutan puluhan ribu rakyat Terengganu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lancarbaturakit.jpg"Saya mendapat maklumat gerakan yang sedang dibuat oleh Umno, saya nampak sekurang-kurangnya dua latar belakang yang menjadi dia(Umno-BN) membuat(menyebarkan risalah) ini,

"yang pertama kerana terakhir sekali kita membuat kempen 'Pas Ganti Umno' (PGU) bermula daripada (program) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat di Shah Alam. sampai(sehingga) apabila kita adakan(anjurkan) di Terengganu,"jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, beberapa siri himpunan telah dirancang dan dianjurkan PAS jelas menunjukkan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sikap mereka dengan jelas.

"Rakyat sudah memberi kepercayaan(kepada PAS) dan mula menunjukan sikap mereka secara yang jelas(terbuka) apabila jumlah mereka(yang hadir) sangat ramai.

"Puluhan ribu orang samada mereka dalam program-program yang khusus untuk 'Pas Ganti Umno' (PGU) atau program yang sekitar(berkaitan),"katanya kepada pihak media selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini semalam, Sabtu 5 Februari.

Pelancaran jentera pilihanraya bagi DUN yang ke 12 tersebut telah dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh 300 orang petugas tegar DUN Baru Rakit.

Ucapan 'Salam' tanda hormat Islam

Oleh Editor

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/nikzawis.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengucapkan salam, adalah sebagai menghormati orang Islam.


Menurutnya, orang Islam seharusnya berbangga dengan perkembangan itu yang memperlihatkan orang bukan Islam sudah mula mendekati agama suci itu.

“Kita harap dia dekati Islam dan kita berdukacita dengan mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, sedangkan sepatutnya kita berbangga.

“Ini adalah hasil kesedaran dia dan rasa dekat dengan Islam. Kita harap suatu masa nanti dia akan bersama-sama dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ucapan ‘Assalamualaikum’ oleh Tian Chua ketika berceramah di Taman Gunung Emas di Labis 22 Januari lalu sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Nik Zawawi berkata, tidak menjadi sebarang masalah kepada orang bukan Islam untuk memberi salam kerana ia dianggap tidak bercanggah dengan prinsip Islam selagi tidak mempermainkan agama.

“Lainlah kalau dia kata ‘Assam-'alaikum’ kerana ‘Assa’ itu bermaksud celaka. Apa yang disebut Tian Chua tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang beranggapan ucapan tersebut sebagai mainan, beliau menganggap kenyataan sedemikian tidak berasas.

Beliau berkata, masyarakat Islam seharusnya mempelajari berhubung pengucapan salam sama ada ia diucap secara mengejek ataupun sebagai menghormati orang Islam.

“Bagaimanapun, tidak menjadi satu kewajipan kepada orang Islam untuk menjawab salam sekiranya orang bukan Islam yang memberinya tetapi hukumnya harus dan sebaik-baiknya kita jawab,” katanya.-SinarHarian

Monday, February 7, 2011

Aaahh.... kan doh kata...atap biru 'dok paka', bocor

Oleh SM Noor

- penerima bantuan merungut, bantuan
http://buletinonline.net/images/stories/berita40/skandalatapbiru1.gif hanya 'melepaskan batuk di tangga

MARANG - “Setiap kali hujan lebat kami tidak dapat tidur dalam bilik dan terpaksa berpindah ke ruang tamu kerana atap rumah bocor walhal bantuan atap baru sahaja diterima setahun lalu,” demikian kata Maimun Mat Zain, 37.

Ibu kepada empat anak dari Kampung Padang Terik itu mendakwa bantuan atap diterima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak berkualiti berbanding penerima lain di kampung itu.

Maimun juga mendakwa, sebelum ini pihak JKKK hanya menggantikan sebahagian sahaja atap rumah manakala sebahagian lagi iaitu bahagian hadapan dan bilik tidur masih menggunakan atap lama iaitu atap zink yang sudah reput serta berkarat.

“Kami menerima bantuan atap daripada JKKK pada Disember 2009 dan sebelum itu turut menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM4,000 untuk membina dapur pada 2008.

“Kami kecewa bantuan diterima melalui JKKK seolah-olah hanya untuk 'memenuhi syarat' bahawa kami menerima bantuan atap sedangkan atap yang diganti hanya sebahagian,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimun berkata, dia tidak membuat laporan kepada JKKK sebelum ini kerana suaminya, Roslan Zin Mamat, 42, masih lberada dalam tahanan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut sebelum dibebaskan beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Maimun dan suami berharap keperluannya mendapat perhatian semula pihak kerajaan kerana keadaan atap rumah yang bocor menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

“Saya dan suami tidak mampu untuk membaikinya sendiri dengan wang untuk sara hidup tidak mencukupi anak masih bersekolah dan keperluan mereka perlu diutamakan terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai perkara itu Sinar Harian menghubungi Pengerusi JKKK di kampung berkenaan, Zainal Mat Yusof, 39, melalui nombor yang diberikan oleh isterinya, namun berapa panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Sinar Harian turut menghubungi Setiausaha JKKK Kampung Padang Terik, Jeffry Ahmad melalui nombor telefon diperoleh daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan namun gagal dihubungi.

Sinar Harian kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Siti Solehah Ahmad dan beliau akan menyemak semula status bantuan diberikan kepada keluarga berkenaan untuk tindakan lanjut

Pada 2 September, 2010, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencehgahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan program 'bantuan atap biru' kerajaan yang didakwa terlibat dengan unsur-unsur penylewengan dan salah urus.

Setiausahanya , Wan Faizul Abas, bersama Exco, Ustaz Khalil Abdul Hadi telah menyerahkan laporan tersebut ke pejabat SPRM negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu (gambar)

Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak terbabit.

Rakyat Sedia Tumbangkan Umno Mesir

Oleh Awang Harun

Salam Reformasi;

Situasi yang berlaku di Mesir hari ini semakin gawat dan bergolak. Rakyat kian hilang kesabaran mahukan Presiden Mesir, Hosni al-Mubarak segera berundur dengan meletak jawatan secara baik.

Namun begitu, kelihatan Hosni Mubarak, 80, semacam belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 30 tahun lalu sebagai orang paling berkuasa dan nombor 1.

Presiden Mesir itu sememangnya seorang pemimpin negara yang ‘mesra Israel’ dan ‘mesra Barat’ yang sanggup menindas dan bertindak zalim terhadap pejuang Islam.

Bahkan, Hosni dinasihatkan oleh Apco Israel supaya mempertahankan jawatan tersebut sehingga boleh mengenalpastikan bakal penggantinya kelak seorang pemimpin yang juga pro-Israel dan ‘mesra Israel’.

Dikatakan, sepanjang tempoh 30 tahun menjadi Presiden Mesir telah mengumpul kekayaan yang ‘dicuri’ dari harta rakyat Mesir tidak kurang dari RM213 bilion atau AS$70 bilion?

Kekayaan Mubarak dikatakan mengatasi kekayaan Pengasas Microsoft, Bill Gates dan manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu.

Sebahagian besar kekayaan Hosni disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland termasuk dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta di kawasan peranginan pesisir Laut Merah dan hotel-hotel di Sharm El-Sheikh.

Maka, sudah pastinya dia terlalu sayang untuk ‘turun’ dan ‘melepaskan’ jawatan. Hal ini, sebenarnya sama sahaja dengan pemimpin Umno-BN di negara ini. Pemimpin Umno-BN yang sedang berusaha mengumpul kekayaan negara juga sangat sayang untuk melepaskan jawatan seumpama itu.

Pada coretan lain, akan Awang dedahkan juga aset kekayaan pemimpin dan bekas pemimpin Umno-BN yang dikatakan mempunyai harta di luar negara.

Cuma, beberapa hari lalu pimpinan PAS ada memberi komen serta peringatan kepada pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan situasi di Mesir.

Antaranya, PAS memberi peringatan kepada mana-mana kerajaan pro-barat yang memerintah negara umat Islam agar memberi peluang kepada Islam memerintah.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata situasi tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir adalah bagi menuntut perubahan kerajaan yang memerintah.

Katanya, di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman pemerintah terhadap rakyat sehingga beberapa orang pemimpin Islam syahid di tali gantung.

“Di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman, sudah beberapa orang pemimpin yang syahid di tali gantung, yang dibunuh, yang hilang. Akhirnya, berlakukan satu ledakan yang dahsyat pada hari ini.

“Rakyat Mesir keluar ke jalan raya. Mereka keluar bagi menunjukkan kemahukan mereka untuk membuat perubahan di Mesir

“Mereka mendesak supaya Hosni Mubarak berundur dan menubuhkan kerajaan peralihan yang tidak melibatkan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan membantah sokongan Amerika terhadap kerajaan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat di Mesir di perkarangan Masjid Titian Baru, Kedai Buloh, Bukit Payong, Marang, 4 Februari lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Amerika dan sekutunya telah mula bersuara agar Hosni Mubarak berundur dengan meletakkan orang yang boleh meneruskan dasarnya.

Katanya, pihak barat dan sekutu Amerika mahukan kerajaan berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah.

“Dan telah ada kenyataan-kenyataan Amerika dan sekutunya supaya Mubarak berundur dengan meletakkan orang-orang yang dasarnya sama dan caranya sama, semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika.

“Sudah ada kenyataan mereka (barat) mahu kerajaan (Mesir) berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah (Mesir),” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan oleh rakyat Mesir akibat tindakan zalim dari pemerintahnya.

Katanya, meski pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya tetapi pelbagai penipuan dilakukan bagi mengekalkan kerajaan Mubarak di Mesir.

“Walau pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya dan mahu pilihan raya itu diadakan dengan seadil-adilnya. Tetapi, mereka (kerajaan) telah melakukan penipuan yang memuncak.

“Menipu kertas undi, menipu peraturan-peraturan pilihan raya, menggunakan media, tv, surat khabar dan lain-lain supaya berpihak kepada parti yang memerintah negeri Mesir.

“Parti yang berjuang di atas nama kebangsaan sahaja dibenarkan dan kemuncaknya, mereka menahan pengundi-pengundi untuk mengundi di tempat mengundi. Mana-mana kampung yang kuat Islam ditahan pengundi-pengundinya untuk memenang parti yang memerintah negeri Mesir yang zalim itu,” jelasnya dihadapan lebih 1000 orang.

Menurut, Ustaz Abdul Hadi menjadi tanggungjawab kepada orang Islam untuk menyelamatkan manusia dengan Islam.

Katanya, yang boleh menyelamatkan umat adalah dengan Islam dan berilah peluang kepada Islam memerintah.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Persoalannya, adakah benar pemimpin-pemimpin Umno-BN di negara kita juga mempunyai perangai jahat serta tidak bermoral seperti Hosni al-Mubarak? Jika benarlah, kita menyeru supaya segera bertaubat dan kembalikan semula harta rakyat dan negara ini.

Sebab, jika telah sampai ‘kemarahan’ rakyat seperti di Tunisia dan Mesir boleh diibaratkan ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan akan dibenci sebenci-bencinya oleh rakyat.

Dan sejarah, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hampir sama suatu ketika dahulu. Rakyat sangat ‘muak’ dan ‘jelek’ dengan perangai Tun Dr Mahathir. Nasib baiklah dia setuju turun meski pun rakyat telah mendesaknya turun. Jika Tun tetap tidak mahu turun setelah jadi PM 20 tahun. Awang yakin rakyat akan menurunkannya.

Kesimpulannya; “TERLAJAK KERETA BOLEH DIUNDUR…TERLAJAK CURI WANG RAKYAT BOLEH DIPULANGKAN KEMBALI, TETAPI TERLAJAK BERTINDAK ZALIM TIADA MAAF BAGI MU”.

Harapan 'PAS Ganti Umno' di Terengganu Semakin Cerah

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_0897.JPG"Islam PAS dan Islam Umno memang berbeza"

CHUKAI - Harapan rakyat negeri Terenganu untuk menikmati kehidupan yang selesa semakin cerah apabila gagasan 'PAS Ganti Umno' semakin menjadi kenyataan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata penerimaan baik seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, menunjukkan mereka sudah tidak mahu lagi diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dalam tiga puluh orang yang yang saya temui, hanya seorang sahaja yang 'acuh tak acuh', dua puluh sembilan lagi memberikan sokongan yang diluar dugaan,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan buah limau kepada kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina disini, semalam.

Menurutnya, program yang dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional. PAS negeri Terengganu itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kaum bersesuaian dengan apa yang diperintahkan Allah dalam al-Quran.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah tersebut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru khususnya kepada seluruh rakyat Terengganu berketurunan Cina dan amnya kepada kaum Cina diseluruh negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_0941.JPG"Allah menjadikan bumi ini kepada semua manusia, berbilang bangsa dan agama dengan tujuan supaya berkenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain, bukannya 'menghodoh' dan mengkhususkan "ini tanah Arab, ini tanah Cina atau ini tanah Melayu",

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru kepada semua,"katanya yang menyindir kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mengatakan 'Tanah Melayu Untuk Orang Melayu'.

Beliau menegaskan Islam yang difahami dan diamalkan oleh orang-orang PAS memang berbeza dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh orang-orang Umno.

"Bagi orang Umno memilih dan mengangkat pemimpin yang mengamalkan rasuah, cuai dan tidak amanah tak apa, asalkan 'Melayu' yang berkuasa, tetapi bagi PAS ia adalah 'haram' dan berdosa,"jelasnya.

Justeru, katanya, PAS tidak kecewa menghadapi kekalahan di pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, tetapi kecewa dengan sikap orang 'Melayu Umno' yang mengaku diri mereka sebagai orang Islam tetapi mengangkat pemimpin yang cuai dan tidak amanah.

Wednesday, February 2, 2011

Ahmad 'sambung nyawa' Pak Rosli

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/umnor.jpg- Pelantikan baru tidak kukuhkan UMNO
KUALA TERENGGANU
– PAS tidak melihat pelantikan baru beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan memperkukuhkan kembali parti itu yang sebelum ini mengalami pergolakan dalaman.

Bahkan, perlantikan Dato' Rosli Hassan sebagai Pengarah Strategi, dilihat umpama 'menyambung nyawa' politik kepada beliau yang sudah dianggap 'lupus tempoh'.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pemilihan Ahmad Razif Abdul Rahman, Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Za’abar Mohd Adib dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang tidak membawa perubahan.

Sebaliknya kata Mohd Nor, rombakan kecil itu akan menyebabkan luka dan pergolakan dalaman UMNO Terengganu lebih parah berikutan berlakunya politik cantas dalam memilih individu mengisi beberapa jawatan penting parti.

“Rombakan ini menggambarkan politik cantas dalam UMNO apabila menghilangnya muka orang yang mempunyai hubungan baik dengan bekas Menteri Besar dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pe-ngumuman pelantikan baru melibatkan beberapa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri oleh Pengerusi Badan Perhubu-ngan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pelantikan tersebut melibatkan jawatan Bendahari disandang Za’abar (sebelumnya Datuk Abdul Rahin Mohd Said) dan Ketua Penerangan dipegang oleh Ahmad Razif (sebelum ini Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek).

Jawatan Setiausaha masih kekal disandang oleh Tengku Putera yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu manakala Ketua UMNO Bahagian Dungun, Rosli pula dipilih mengisi jawatan baru iaitu pengarah strategi.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mendakwa, beliau percaya pengisian jawatan itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan individu sebaliknya kepentingan kroni semata-mata.

Sehubungan itu katanya, UMNO Terengganu tidak akan pulih daripada masalah yang mereka hadapi dan rombakan kecil itu langsung tidak membimbangkan Pas dalam usaha membentuk kerajaan di negeri ini pada pilihanraya akan datang.

“Sebaliknya ia memberi kelebihan dan lebih mudah untuk kita tawan semula Terengganu, peluang PAS di sini nampaknya sangat cerah, untuk kembali memerintah” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli menyifatkan Ahmad mengamalkan siaft pilih kasih dan 'kronisme' apa melantik Pak Rosli.

Beliau berkata, diketahui umum, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad dan beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan oleh Ahmad sebelum ini.

"Semua orang tahu, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad Said, dulu Ahmad pernah lantik beliau, sekali lagi kini Ahmad mengamalkan 'kronisme' dan pilih kasih,"kata Wan Hassan ketika dihubungi

Beliau yang juga ADUN Sura berkata, tindakan Ahmad itu pasti menyebabkan perpecahan dikalangan Umno Dungun semakin melebar.

Katanya, beliau dimaklumkan, Pak Rosli bukanlah tokoh yang popular dan disenangi ramai. dikalangan ahli-ahli Umno Dungun

Tuesday, February 1, 2011

TAHNIAH..!! Minyak Naik Lagi

Oleh Awang Harun

Salam For All;

Salam ceria dipagi 1 Februari ini, apabila kerajaan Meloye Umno dan Barisan Naik (barang) telah menghadiah kepada kita semua rakyat 1Malaysia dengan kenaikan harga minyak petrol RON97. TAHNIAH…sekali lagi.

Sebenarnya, kenaikan petrol hari ini adalah ‘HADIAH’ daripada kerajaan Meloye Umno kepada rakyat bukan sahaja khas untuk pengundi di N05 Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang sahaja tetapi seluruh rakyat 1Malaysia.

Tidakkah rakyat semua tahu, pada 30 Januari lalu….rakyat telah menghantar isyarat ‘setia’ bersama Umno-BN di Tenang dengan memberi kemenangan kepada calon pilihan ‘Barang Naik’ (BN).

Calon BN, Mohd Azhar Ibrahim yang ‘gemuk-tambung’ itu berjaya memperolehi undi rakyat yang kurang cerdik sebanyak 6,699 undi dengan mengalahkan calon Muslimat PAS-Pakatan Rakyat yang mendapat 2,992 undi. Majority BN sebanyak 3,707 undi.

Ini bermakna, sejumlah 6,699 orang sangat BERSETUJU dan meredhai ‘Barang Naik’ dan minyak naik. Kecuali, hanya seramai 2,992 orang penduduk dan pengundi di Dun Tenang tidak bersetuju dengan kenaikan barang tersebut.

Maka, Allah SWT pun memberi lagi ‘hadiah’ berganda dengan bencana banjir serta hujan lebat sebagai pengajarannya.

Sepintas lalu, cuba kita sama-sama renung dan tengok bagaimana kenaikan minyat petrol khususnya bagi pengguna yang pakai minyak petrol RON97.

Mungkin rakyat di Felda Tenang dan lain-lain yang sama sepsis kurang cerdik akan mempertahan habis-habisan bahawa kenaikan harga minyak leh kerajaan ‘Barang Naik’ ini tidak membebankan rakyat.

Alasan mereka, harga komuditi kelapa sawit mahal sekarang dan harga getah lagi mahal sekarang. Jadi, para peneroka dan penoreh getah tidak miskin lagi. Mereka semua telah jadi orang ‘kaya baru’.

Maka, mungkin para peneroka dan penoreh kini hisap rokok bukan lagi dengan daun tembakau yang digulung atau tidak lagi hisap rokok dalam kotak dari pelbagai jenama. Mereka mungkin hisap rokok guna duit RM5 atau RM10 atau RM50 atau RM100 dan digulung dengan tembakau.

Kisah ini, bukan Awang reka-cipta tetapi pernah berlaku di Kampung Awang sendiri di Kuala Kemaman suatu ketika dahulu. Waktu itu, para nelayan sangat mewah dengan hasil tangkapan ikan yang menjadi dan duit banyak yang dapat dan hasil lumayan sekali.

Hari ini, kaum nelayan di Kuala Kemaman kembali asal dan hisap rokok pun mungkin ada yang guna surat khabar yang digulung dengan tahi kambing. Ini juga, barang kali akan berlaku dan bakal berlaku kepada para peneroka dan penoreh getah di negara kita.

Apa yang Awang tahu, hari ini dilaporkan harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97…TAHNIAH!! TAHNIAH!!...kepada kerajaan ‘Barang Naik’.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010 dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari 2011 tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kesimpulannya; “RAKYAT YANG CERDIK AKAN BERTANYA KENAPA BARANG NAIK..? BILA NAIK..? BANYAK NAIK…”