Monday, May 2, 2011

PAS pemangkin kegemilangan pendidikan Islam

Oleh Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/makanmalamulamak.jpgKUALA TERENGGANU - Usaha yang diambil oleh PAS Terengganu menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah Islam merupakan pemangkin dalam perkembangan institusi pendidikan Islam.

PAS Pusat berharap usaha tersebut akan dapat meneruskan kegemilangan pendidikan Islam untuk masyarakat dan masa depan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Untuk Dana Pendidikan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu di sebuah hotel, disini, Jumaat, 29 April.

"Usaha yang dilakukan di negeri Terengganu (oleh PAS) dengan penubuhan beberapa buah sekolah di peringkat rendah dan menengah, menjadi pemangkin kepada terus berkembangannya institusi pendidikan Islam,

"dengan kurikulumnya, matapelajarannya, dengan suasana biah yang diwujudkan, dapat kita meneruskan kegemilangan pendidikan Islam demi untuk masa masyarakiat kita dan masa depan agama kita,"ujarnya

Sebelum itu, menurutnya, industri instistusi pendidikan Islam di Malaysia mempunyai pasaran dan permintaan yang luas terutamanya dari kalangan umat Islam Asia Tenggara.

Ia adalah kerana, katanya, harapan mereka kepada pendidikan Islam di Malaysia adalah cuikup tinggi berbanding di negara mereka.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/makanmalamulamak1.jpg"Ramai rakan-rakan kita daripada Singapura, daripada Brunei, malah daripada Indonesia, yang hantar anak mereka belajar di Malaysia,

"kawan-kawan kita di Singapura, harapan mereka kepada pendidikan Islam di Malaysia cukup tinggi,"tegasnya.

Beliau juga memberitahu seramai lebih 450 orang hadirin dalam majlis tersebut, walaupun banyak sekolah-sekolah antarabangsa yang dibuka di Kuala Lumpur, namun tidak ada satu pun daripadanya merupakan sekolah berpendidikan Islam.

Justeru, katanya, ia menjadi cabaran kepada umat Islam, khususnya PAS bagi membuka sebuah sekolah seumpama itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib dan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato' Ustaz Hussin Awang.

No comments:

Post a Comment