Wednesday, May 18, 2011

Pemimpin yang celaka adalah yang menyebabkan rakyat celaka!

Oleh Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/wanhassan.jpgMARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kesal kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu menolak soalan-soalan yang dikemukakannya kepada Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak dmokratik dan menghalang suara rakyat yang diwakilinya.

"Saya kesal, soalan-soalan yang saya kemukakan ditolak pada sidang DUN, lapan soalan lisan dan tiga solan bertulis semua kena tolak tanpa alasan yang munasabah,

"ini membuktikan kerajaan Umno-BN Terengganu tidak demokratik dan menghalang saya menyampaikan suara rakyat yang memilih saya sebagai wakil mereka,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah isu semasa di Suaru ustaz Abdullah, Jalan kuala Berang dekat Taman Safiah Murni, disini, Isnin 16 Mei.

Beliau juga tidak puas hati dengan pengendalian sidang DUN yang seolah-olah 'dirancang' supaya menyempitkan ruang bicara bagi wakil-wakil rakyat daripada PAS.

Menurutnya, beberapa kali ketika sidang DUN berlanmgsung, beliau memicit butang meminta laluan daripada Yang DiPertua DUN, tetapi tidak diberi ruang.

"saya tak boleh berucap, macaman dia (YDP DUN) susun tak tahu lah, saya picit butang, menyala (lampu) merah berkali-kali, tapi tak boleh (bercakap),"jelasnya.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat pendakwaan terpilih dalam kes rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya, SPRM hanya menyiasat, menangkap dan mendakwa 'bilis-bilis' tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas 'jerung-jerung'.

"SPRM hanya tangkap bilis-bilis, angkap bilis-bilis tapi jerung-jerung tak tangkap, dia (SPRM) kata siasat nelaka......pelawok sungguh....kes ADUN Terengganu, Kemasik tahun 2009, bulan Ogos tarikh 12 Ogos 2009, sampai ke hari ini tak bicara lagi, pasal apa..... Jerung..,"tegasnya.

Sebaliknya, menurut beliau, pihak SPRM telah menyiasat dan menangkap seramai 62 orang pegawai kastam yang didakwa hidup dalam keadaan 'mewah melampau'.

Namun begitu, katanya, ada wakil rakyat yang melaporkan kehilangan wang tunai sebanyak RM70,000 dan seorang Exco di Kuantan yang mengaku kehilangan wang sebanyak RM200,000 tidak dijalankan apa-apa siasatan oleh SPRM.

Justeru beliau memberi peringatan dengan memetik tulisan surat Syaidina Omar kepada Abu Musa al-As'ahari yang berbunyi;

"Pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka,

"jaga-jaga engkau Abu Musa, jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai mu juga akan bermewah-mewah," Buletinonline

[Dengar dan lihat ucapan Ustaz Wan Hassan di Buletinonline Channel]

Monday, May 2, 2011

PAS pemangkin kegemilangan pendidikan Islam

Oleh Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/makanmalamulamak.jpgKUALA TERENGGANU - Usaha yang diambil oleh PAS Terengganu menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah Islam merupakan pemangkin dalam perkembangan institusi pendidikan Islam.

PAS Pusat berharap usaha tersebut akan dapat meneruskan kegemilangan pendidikan Islam untuk masyarakat dan masa depan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Untuk Dana Pendidikan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu di sebuah hotel, disini, Jumaat, 29 April.

"Usaha yang dilakukan di negeri Terengganu (oleh PAS) dengan penubuhan beberapa buah sekolah di peringkat rendah dan menengah, menjadi pemangkin kepada terus berkembangannya institusi pendidikan Islam,

"dengan kurikulumnya, matapelajarannya, dengan suasana biah yang diwujudkan, dapat kita meneruskan kegemilangan pendidikan Islam demi untuk masa masyarakiat kita dan masa depan agama kita,"ujarnya

Sebelum itu, menurutnya, industri instistusi pendidikan Islam di Malaysia mempunyai pasaran dan permintaan yang luas terutamanya dari kalangan umat Islam Asia Tenggara.

Ia adalah kerana, katanya, harapan mereka kepada pendidikan Islam di Malaysia adalah cuikup tinggi berbanding di negara mereka.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/makanmalamulamak1.jpg"Ramai rakan-rakan kita daripada Singapura, daripada Brunei, malah daripada Indonesia, yang hantar anak mereka belajar di Malaysia,

"kawan-kawan kita di Singapura, harapan mereka kepada pendidikan Islam di Malaysia cukup tinggi,"tegasnya.

Beliau juga memberitahu seramai lebih 450 orang hadirin dalam majlis tersebut, walaupun banyak sekolah-sekolah antarabangsa yang dibuka di Kuala Lumpur, namun tidak ada satu pun daripadanya merupakan sekolah berpendidikan Islam.

Justeru, katanya, ia menjadi cabaran kepada umat Islam, khususnya PAS bagi membuka sebuah sekolah seumpama itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib dan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato' Ustaz Hussin Awang.